Wahai Kaum Wanita, Berhenti Hina Diri Sendiri Dengan 6 Perkara Ini, Kerana Martabat Anda Tinggi.

 

Emosi kaum wanita amat berbeza jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kaum lelaki seolah-olah ambil remeh dan ringan dalam semua hal. Kadang-kadang termasuklah dengan emosi isterinya sendiri. Namun, kaum wanita ini agak merumitkan kerana semua perkara diambil serius. Seolah-olah langsung tidak boleh bawa bincang.

Sebab itu adanya pepatah mengatakan, kita perlu berfikir lagak seperti orang lelaki.

Ini kerana lelaki lebih berfikiran praktikal, rasional dan simple.

Boleh nak emosi, namun jangan terlalu melayan perasaan sehingga menghina diri sendiri. Ketahuilah kaum wanita, martabat anda dimuliakan dan diangkat tinggi bermula ketika zaman Nabi SAW jika dibandingkan dengan zaman kegelapan (Jahiliah).

Jadi, berhentilah menghina diri sendiri dan merungut….

1. Berhenti merungut tidak cantik seperti orang lain.

Berhenti lah membandingkan kecantikan diri anda dengan perempuan lain. Berhenti merungut kerana tidak memiliki:

  • Hidung yang mancung.
  • Bibir yang munggil.
  • Kulit yang putih.
  • Badan yang tinggi dan ramping seperti model.

2. Berhenti merungut melihat kebahagiaan orang lain.

Berhenti lah membuat perbandingan hidup anda dengan orang lain juga. Berhenti melihat kebahagiaan orang lain, kerana anda akan berhenti mencari kebahagiaan untuk diri sendiri. Jika terlalu sibuk membuat perbandingan hidup, anda terlupa mencari kebahagiaan tersebut. Berhentilah.

3. Berhenti merungut ibu bapa tidak seperti orang lain.

Berhenti lah merungut apabila melihat ibu bapa rakan yang lebih sporting dalam menguruskan anak-anak mereka.

  • Anak-anak mereka boleh pergi ke mana sahaja tanpa meminta izin.
  • Anak-anak mereka boleh membeli apa jua barang yang dipinta.
  • Anak-anak mereka boleh dating dengan teman lelaki/wanita ke mana sahaja.

Berhenti! Ibu bapa anda mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anda sebenarnya. Bermuhasabah lah.

4. Berhenti merungut melihat kekayaan orang lain.

Berhentilah merungut kenapa tidak kaya seperti orang lain?

Kenapa rezeki anda tersekat dan sukar menjadi kaya?

Ini kerana anda sering merungut. Jadi, berhenti merungut, mengeluh dan berputus asa.

5. Berhenti merungut perlu bekerja tidak kira masa.

Berhenti juga merungut sekiranya anda perlu kerja lebih masa, atau tidak kira masa. Anda cemburu melihat rakan-rakan lain dapat bekerja dengan masa kerja yang telah ditetapkan. Tetapi andaperlu bekerja shift hour ataupun sehingga tengah malam semata-mata untuk mencari rezeki.

Rezeki setiap insan itu berbeza.

6. Berhenti merungut kerana kepanasan.

Sebagai wanita juga, berhentilah merungut kepanasan dikala anda menutup aurat. Jangan cemburu melihat mereka yang lain, kerana Allah tinggikan martabat anda sebagai wanita muslimah. Oleh sebab itu, wanita muslimah perlu menutup aurat kerana akan dipandang mulia sebagaimana sri kandi muslimah pada zaman Rasulullah SAW dahulu.

Berhenti Merungut Dan Menghina Diri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen