"Hari Minggu Bukan Untuk Tidur Di Rumah, Tetapi Lakukan Aktiviti Berfaedah Bersama Si Manja Anda" Pesan Lelaki Ini.

 

Apabila tiba hujung minggu, biasanya ibu ayah akan lebih ingin untuk duduk di dalam rumah berbanding keluar beriadah bersama anak-anak. Dengan alasan bahawa diri penat berkerja, maka inilah masa untuk rehatkan badan serta tidak mahu menempuh jem yang teruk pada hujung minggu. Jadi menonton televisyen dan tidur di rumah sememangnya menyenangkan ibu ayah.

Itulah rutin setiap minggu yang akan dipilih untuk anak-anak sekali. Anak-anak juga turut sudah terbiasa dengan perkara ini. Tapi menurut perkongsian saudara Mohd Fhais, hari minggu bukan untuk tidur tetapi, penuhkan ia dengan aktiviti yang berfaedah bersama anak-anaknya sehingga mereka letih. Banyak kebaikan yang anak boleh dapati sehingga dewasa kelak.

Mari baca penjelasannya.



Hari minggu bukan untuk tidur !

Anak kecil ni senang di ajar. Kalau kita ajar hari minggu mesti jadi malas maka malas lah mereka sampai ke besar nanti.



Ini gambar minggu lepas rania dan sepupunya Dina serta Imrah seronok bermain bubble di pantai klebang.

Selepas main bubble, kami ajak pula mereka main layang-layang. Fuh, seronok tengok diorang lari keliling pantai tarik layang-layang tu.

Lepas dah bosan main layang-layang, badan pun dah penuh dengan pasir pantai kami bawa pula diorang mandi air pancut di dataran klebang.

Begitulah rutinnya minggu lepas. Dalam perjalanan balik tu, rania dah tertidur. Terlampau penat barangkali.
Ini yang terbaik sebenarnya.

Kalau kita tak biasakan anak penat sejak kecil nanti dah besar nak suruh buat apa pun tak jalan. Asyik bagi alasan penat je.

Duk tengok tv 24 jam pun di katanya penat.

Masa ni nak marah pun tak boleh dah. Anak 6 tahun ke atas ni perkembangan otak dia dah capai tahap 90 peratus siap. Dah susah nak bentuk dengan kata-kata biasa!

Sebab itu didik anak ketika kecil tu,

"peluang sekali seumur hidup".

Manfaatkan peluang ni untuk didik anak cara yang betul dan beri manfaat. Lepas je umur 6 tahun tak datang lagi dah peluang ni.

Lagipun ajar anak kekal aktif ni bagus untuk badan dia kekal muda dan sihat. Barulah umur biologi mereka sepadan dengan umur kronologi.

Umur biologi adalah umur badan kita, manakala umur kronologi tu umur yang selalu kita sambut harijadi.

Umur biologi ni 10 kali lebih penting dari umur kronologi tau.

Minda matang cepat itu bagus sesangat, tapi kalau badan matang cepat dari umur itu yang nampak TUA dari umur.

Baik sekarang, baik juga hasilnya nanti.

Dipersilakan share semoga bermanfaat pada ramai anak-anak di luar sana.

Mohd Fhais
Mengikut kajian, ayah yang selalu penat bermain dengan anak boleh tingkatkan kesihatan 2 kali ganda lebih baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen