"Kita Lebih Kenal Baik Buruk Pasangan Kita, Jangan Kerana Kata-Kata Ipar Duai, Kita Sanggup Korbankan Hubungan Sendiri."

 

Dalam banyak-banyak hal yang berlaku dalam rumahtangga, hubungan baik diantara adik beradik pasangan kita adalah sangat penting. Ini kerana, pengaruh mereka itu kadang kala akan menyumbang kepada masalah dalam rumahtangga kita kelak. Mungkin ada sesetengah di hadapan kelihatan elok dan baik tetpi di belakang mengumpat bagai nak rak sekalipun, jangan mudah ambil hati atau cepat melenting. Baik diri sendiri mahupun pasangan, kedua-duanya pasti lebih kenal pasangan sendiri.

Jangan baru dijentik sedikit hati sudah mula goyang, dan menerima kata-kata orang lain sebulat-bulatnya. Sedangkan diri sendiri lebih tahu baik buruk pasangan kita. Seperti nukilan Puan Izyan Izdihar Shaarani ini, di mana gara-gara mulut orang ketiga ini, hingga bercerai berai dibuatnya.

Jangan lakukan perkara sebegini, nanti akan menyesal kemudian hari.



Baca tu pun dah rasa macam kecewa sangat.



Bercerai sebab tidak sefahaman dengan ipar duai.

Dalam rumahtangga, sangatlah normal apabila ahli keluarga kita sendiri tak boleh menerima, bersangka buruk, mereka cerita, bercakap tentang banyak sangat hal berkaitan dengan pasangan kita.

Bezanya, sama ada perkara itu sampai ke pengetahuan empunya diri, atau tidak.

Ia bukanlah satu situasi yang teruk sangat. Sebab normal sangat kita ni payah nak sebulu dengan orang yang kita rasa dah kongsi kasih sayang adik beradik kita, dan mak ayah kita. Lebih lebih lagi apabila adik beradik kita kahwin dengan orang yang diluar norma biasa keluarga kita. Memang kita rasa dia alien sungguh.

Kita sibuk bawangkan ipar ipar kita, walhal bear in mind jugalah bila kita kahwin nanti, atau kita memang dah kahwin pun, bahawa ipar ipar adik beradik sepupu sepapat suami/isteri kita pun belum tentu sukakan kita! Hahahaha.

Baik depan depan, jangan yakin sangat baik juga belakang belakang. Kadang belum jadi selisih faham apa apa, memang semua indah belaka. Dah jadi kudis satu dua nanti, masa tu masing-masing bukak cerita dendam kesumat tak puas hati andai mengandai yang bukan bukan sejak hari pertama kita nikah lah kiranya!

Beritahu ni sebab nak kita beringat je. Jangan terlalu rasa diri sempurna, just because buat masa ni keluarga mentua dan ipar duai nampaknya begitu sayangkan kita. sehingga bila ada kelemahan dalam peribadi pasangan kepada adik beradik kita, kita kecam seolah-olah kita sahaja yang bagus sebagusnya.

Walaubagaimanapun, saya nak ulang, jika anda dalam situasi ini; samada anda orang yang jenis tak sukakan ipar, atau anda adalah ipar yang tidak disukai--> ia bukanlah suatu perkara yang menyedihkan sangat. Ia normal.

Perkara normal ini, jika kita bijak mengawal emosi, jaga hubungan baik sesama ipar duai walaupun dalam hati ada perkara yang kita makan hati lebih kurang, sepatutnya boleh aje kekal harmoni hubungan kita bersama mentua dan ipar duai.


Cuma..

Cuma..


Keadaan boleh jadi sangat tidak normal, keruh, tegang, dan akhirnya kita bercerai berai apabila pasangan kita sendiri yang mula 'take side'.


Apabila pasangan (tak kisahlah suami atau isteri) mula menunjukkan yang mereka lebih senang memilih untuk mengiakan apa yang keluarga nya perkatakan, dan tidak lagi percaya dengan kita yang susah senang miskin kaya tua muda dengan dia ni, dari situlah punca segala keretakan.

Pasangan lebih tahu susah payah kita.

Dalam rumahtangga, tiada siapa yang akan lebih tahu pengorbanan kita untuk pasangan dan anak-anak melainkan kita dan pasangan kita sendiri. Sebab biasanya susah payah kita senang susah rumahtangga kita, memang jarang sangat kita nak kongsi dengan adik beradik. Sebab tunjang asas rumahtangga adalah tanggungjawab dan berdikari. Lebih lebih lagi suami.

Suami ni dia ada ego dia. Dia tak cukup duit, dia susah, dia makan megi, semua tu jarang dia sikit sikit nak mengadu dengan keluarga dia. Tapi yang bersama dia pada ketika itu, adalah isteri dia.

Jadi, bila pasangan kita yang kita andaikan dia faham luar dalam kita, yang tahu jerih perit kita bersama, yang tahu pengorbanan kita untuk dia dan anak anak dia, mula pandang serong pada kita sebab nak mengiakan keluarga nya sendiri, aduh. Memang bersedia lah untuk porak peranda.

Jadi, saya nak seru, samada anda isteri atau suami, janganlah kita biarkan cakap cakap buruk orang lain mengubah persepsi kita terhadap pasangan kita. Sepatutnya kitalah yang paling tahu siapa isteri/suami kita sebenar.

Adik beradik kita, mak ayah kita tak berkenan sikit sikit dengan pasangan kita itu biasa. Biasa. Sebab isteri atau suami kita bukan darah daging adik beradik kita, bukan anak kandung yang dididik dengan acuan ibu bapa kita. Tapi janganlah kita pula terbawa-bawa sehingga kita sendiri yang runtuhkan rumahtangga kita.

Bijaklah dalam mengawal situasi. Memang, pasangan kita bukan sentiasa betul. Jauh sekali nak jadi sempurna. Tapi jangan lupa, persepsi dan sangkaan adik beradik dan keluarga kita pun tak semestinya betul. Sebab apa sangatlah yang mereka tahu tentang warna sebenar rumahtangga kita.

Kita lah yang patutnya yang lebih kenal. Kita lah yang patutnya yang lebih tahu. Tambah tambah jika anda suami, perlu lebih cekal dan bijak dalam mengalisis situasi. Anda nakhoda. Anda yang kawal karam atau timbulnya kapal anda itu.

Pesanan saya,

Jika anda ipar yang tidak disukai, selagi suami/isteri anda masih menyantuni anda sebaiknya, abaikan sahaja perkara yang boleh meretakkan hubungan anda suami isteri. Fokuslah mencari redha Allah dan suami (jika anda isteri). Itu sahaja sudah cukup. Janganlah anda berdendam atau membalas atau jangan sekali kali menyakiti keluarga nya, kerana redha Allah itu bersekali juga dengan redhanya suami. Walau macam mana sekalipun, itu keluarganya.

Jika anda adalah orang yang tidak menyukai ipar anda sendiri, ingatlah..anda juga akan jadi ipar buat keluarga pasangan anda. Saya nak ingatkan, anda pun belum tentu lagi semua orang suka di keluarga yang sebelah sana tu. Bayangkan sahaja lah jika apa yang anda katakan kepada ipar anda, tidak mustahil Allah balikkan dan kena pada batang hidung sendiri pula. Jika anda sendiri diperlakukan sebegitu oleh keluarga pasangan anda, pasti remuk juga hati dan perasaan tu kan?

Jadi, berpada padalah.

Jangan bercerai gara-gara hasutan orang lain.

Sangat tidak berbaloi jika kita ini bercerai berai sehingga nasib anak-anak terabai semata-mata kerana kita nak puaskan hati sesetengah pihak. Walhal kita suami isteri tak ada apa masalah pun. Tak berbaloi langsung!

Kita ni jangan ingat kita pakai satu kasut je.

Kita ni memanglah adik beradik kepada abang kakak dan adik kita.

Tapi kita juga adalah suami/isteri kepada pasangan kita.

Dalam masa yang sama kita juga adalah ipar dan menantu kepada keluarganya.

Jadi, pandang pandang lah kiri dan kanan.

Senang cerita, kalau kita taknak orang buat kat kita, kita jangan buat orang. Raikan perbezaan. Terima kelebihan dan kekurangan.

Selalulah fikir macam ni; aku ni bukan bagus sangat pun.

Full stop.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen