“Tidak Susah Nak Dapat Bahagia Dalam Rumahtangga. Maafkan Pasangan, Sentiasa Ingat Kebaikan Pasangan” Pesan Suami Ini.

 

Dalam hubungan suami isteri ini ada pasang surutnya. Kejap bahagia, bergurau senda dan kejap bergaduh serta merajuk. Itu semua adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh semua pasangan suami isteri.

Di dalam hubungan ini juga penuh dengan ujian, jadi suami isteri perlu bijak untuk memainkan peranan mereka. Jangan hanya membiarkan sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh pertahankan hubungan tetapi sama-sama pertahankan hubungan tersebut.

Suami isteri perlu sentiasa bergandung bahu dan sentiasa memegang erat antara satu sama lain agar hubungan yang terbina itu terus kuat dan teguh. Bukan itu sahaja, perlu sentiasa menghargai pasangan kita dalam apa juga yang telah dirinya lakukan untuk kita seperti nukilan Muhammad Hassan ini. Cuba baca dan sama-sama kita renungkan agar menyedarkan kita bertapa berharganya pasangan kita itu.



Hubungan suami isteri ini ibarat 'bagai aur dengan tebing', bagai kuku dengan isi' , ‘Cubit peha kanan peha kiri terasa’. Apa jadi pun sama-sama. Apa masalah pun kongsi sama-sama. Tiada rahsia antara kita. Setiap hari wajib doa kebahagian.

Isteri setiap hari jangan lupa doakan untuk suami, doakan kebahagian. Adakalanya suami lupa semua ni. Isteri. jahat macam mana pun suami, jangan aibkan suami secara public.

Dapatkan الله dan Rasul. Setelah itu kembali kepada ahli keluarga dan orang kepercayaan kita untuk selesaikan masalah. Jangan biarkan hancur lunyai dipukul suami, itu tidak betul.

Setiap hari dipukul sehingga bertahun-tahun masih berdiam diri, ini tindakan perlu ubah. Islam tidak mengajar kita untuk 'dikorbankan' demi kasih sayang, demi anak-anak.

Dulu, orang kenyit mata kat bakal isteri pun kita dah nak naik angin, apatah lagi kalau orang datang mengorat. Kalau orang datang pegang tangan awek kita mau pecah muka orang tu. Sampai lubang cacing kita cari.

Tiba-tiba hari ini, salah sikit pukul isteri,ugut isteri nak kahwin lain,lambat masak pun kena pukul, anak sepahkan rumah pun pukul. Ada sahaja apa yang isteri buat tidak betul. Sedangkan awal perkahwinan, bermacam janji bulan bintang kita ungkapkan.

Hargai pengorbanan setiap pasangan. Mungkin pasangan kita sanggup lukakan hati mak ayah semata-mata cinta kita. Mungkin pasangan sanggup korbankan cinta orang lain demi memilih kita. Banyak lagi perkara pasangan korbankan demi kita.

Tidak susah nak dapat bahagia. Maafkan pasangan,sentiasa ingat kebaikan pasangan, jasa baik pasangan kepada kita. , mohon taubat kepada الله, Ikut cara hidup Nabi s.a.w. Sentiasa cari redha الله. Selagi kita jauh dari rahmat الله, selagi itu kebahagiaan akan jauh dari kita.

"Susah sama-sama, senang sama-sama"

-EncikMatt-
#EncikMatt_sayang_isteri

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen