5 Tips Belajar Kerana Allah SWT.

 

Setiap apa yang kita lakukan si atas muka bumi yang nyata ini pasti demi Allah SWT, termasuklah dalam menuntut ilmu pengetahuan. Jika tersasar jauh dalam menuntut ilmu seperti tidak berlandaskan syariat, khuatir ilmu tersebut tidak berkat sehingga membuat kita menjadi seorang yang riak.

“Berbeza orang yang mendalami ilmu berbanding dengan mereka yang hanya berpengetahuan cetek sahaja..”

Oleh sebab itu, ketika belajar pun perlu niat kerana Allah supaya kita dipandang sebagai orang yang berilmu dan boleh dipercayai dengan 5 tips ini…

1. Perbetulkan niat belajar.

Setiap apa yang dilakukan, pasti dimulakan dengan niat. Niat untuk belajar sebab apa? Untuk mudah mencari kerja? Untuk menyebarkan ilmu pada orang ramai? Untuk menunjuk peringkat pada orang ramai seperti diploma, degree atau PhD?

Ataupun, belajar sebab nak lulus exam sahaja? Sebab itu, selepas sahaja exam terus lupa apa yang dipelajari selama 6 semester. Jadi, ubah niat belajar sebab apa? Kerana ia adalah satu bekalan dan pegangan hidup yang akan mencorakkan anda pada masa hadapan.

2. Cuba jauhi sifat suka menunjuk-nunjuk.

Anda belajar bukan untuk bertanding siapa yang lebih bijak atau bagus, tetapi jadilah insan yang merendah diri dalam apa jua perkara. Sekiranya keputusan exam anda lebih hebat daripada orang lain, jangan pula mula tunjuk pada sosial media..

Malah, jangan pula berniat untuk menguji para murobbi kita yang telah bertungkus-lumus mendidik kita sehingga berjaya. Ingatlah, ilmu yang baik akan membentuk keperibadian jiwa dan jasad yang baik.

3. Sanggup berpenat lelah dalam usaha menuntut ilmu.

Berusaha. Berdoa. Bertawakal.

Jangan jadi seperti anak burung. Hanya tunggu ibu burung untuk suap makanan sahaja. Untuk dapatkan keputusan yang cemerlang, rajinkan diri untuk berjumpa dengan lecturer, jumpa dengan senior dan belajar daripada mereka, malah mencari nota-nota yang bermanfaat.

Proses untuk cemerlang dalam keputusan peperiksaan ini memang banyak proses untuk dilalui, maka berpenat lelah lah anda dalam menuntut ilmu.

4. Banyakkan membaca buku.

Di samping itu, untuk belajar kerana Allah SWT juga anda perlu rajin membaca buku dengan banyak. Seperti point nombor 3 di atas, tanpa berusaha, jangan terus berdoa dan bertawakal sahaja. Jadi, antara salah satu usaha adalah dengan rajin membaca.

5. Contohi tokoh ulama dalam menuntut ilmu.

Sebagai pelajar, anda perlu sentiasa menjadikan tokoh ilmuan dan para ulama sebagai idola dan inspirasi dalam menuntut ilmu.

Sebagai contoh, Imam Ahmad Ibn Hajar Al-Asqalani, Imam An-Nawawi, Imam Al-Qurtubi, Imam Ibn Hajar Al-Haitami, Imam Al-Hujjah Zakariyya Al-Ansari, Imam Abu Bakar Baqilani, Imam Nasafi, Imam Syarbini, Abu Hayyan al-Nahwi dan Imam Syafie.

Maka, mari memperbaharui niat kita bersama agar setiap apa yang kita lakukan mendapat tempat di sisi-Nya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.” [Surah Al-Kahfi : 103 -104]

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen