“Hanya Seorang Isteri Yang Faham Bahasa Tubuh Suaminya, Bukan Ibunya Sekalipun. Jadi Kenali Suami Anda.”

 

Selalu membebel dekat suami yang baru pulang ke rumah hanya kerana suaminya itu lupa beli apa yang dikirim. Bertahun-tahun hidup bersama, si suami masih tidak tahu apa makanan kegemaran isteri. Ister-isteri selalu gunakan alasan suami sudah tidak sayang, suami sudah berubah tanpa fikir apa yang bermain di fikiran suaminya.

Itulah kita wanita, selalu ingin apa yang dihajatkan itu ditunaikan oleh si suami tanpa memikirkan keadaan suami.

Lelaki ini lebih banyak diam berbanding wanita, tetapi mereka ini sentiasa memikirkan perkara yang terbaik buat orang yang mereka sayangi. Apa kata anda yang bergelar isteri-isteri ini membaca perkongsian dari Puan Farizal Radzali ini. Setiap patah perkataannya jelas menunjukkan siapa suami kita itu.



BAHASA SEORANG LELAKI

Buat insan bergelar isteri. Walaupun kebanyakan isteri faham bahasa tubuh suaminya.

Andai seorang perempuan itu tahu sebab lelaki dicipta, pasti dia bersyukur kerana dicipta sebagai perempuan.

Lelaki ni tak banyak cakap, sebab dia tak suka perbesarkan perkara yang kecil.
Lelaki ni tak banyak fikir, sebab dia taknak risau pada perkara yang belum tentu.
Lelaki ni banyak tanggungjawabnya, sebab dia khalifah di mukabumi.
Lelaki ni tegas, sebab dia perlu memimpin seluruh keluarganya.
Lelaki ni, berat bebanannya, sebab dia perlu menggalas dosa setiap ahli wanita dalam keluarganya selagimana dia tak menegur & berusaha membetulkannya.



Dia tak pandai tunjuk kasih sayangnya, kerana padanya asalkan insan kesayangannya cukup makan pakainya, dia dah cukup gembira.
Dia tak minta dipuji, kerana padanya bukan itu yang penting.
Dia tak minta dibalas jasanya, kerana dia tahu semua jasa itu adalah tanggungjawabnya.
Dia sering disalah erti, kerana dia tak banyak berbicara.

Bila dia bergaduh dengan kamu, lepas tu dia tegur kamu dulu, itu maknanya dia minta maaf. Jadi, terimalah maafnya sekadar itu kerana dia takkan sebut 'saya minta maaf'.

Bila dia dah sakitkan hati kamu, lepas tu dia pandang kamu dengan lembut, bantu kerja kamu, itu maknanya dia pun kesal kerana dah sakitkan hati kamu.

Bila dia susah hati & runsing, dia tidur.
Bila dia termenung panjang, maknanya dia sedang dilanda masalah, jadi jangan serabuntukan lagi fikirannya.
Bila dia marah, kamu diam. Biarkan dia.

Bila dia garang dengan anak-anak nya, bukan dia tak sayang. Dia tahu isterinya yakni ibu mereka akan pujuk anak-anaknya. Kerna dia nak anak-anaknya rapat dengan ibu mereka, kerna Syurga anak-anaknya di bawah kaki ibu mereka.

Ayah ni, dia nampak tak ambil berat tapi sebenarnya dia memerhati. Dia tahu setiap perubahan anak-anak tapi dia buat mcm tak nampak sebab dia taknak anaknya jadi manja. Tahu tak, dia bertanya setiap hal tentang anak-anak kepada isterinya. Dan ada masa dia juga yang bagi penyelesaiannya. Ibu tu cuma jadi orang tengah.

Bila ditanya & dia jawab takde apa, jangan tanya lagi sebab itu pun boleh serabuntukan dia. Biarkan dia bertenang. Berikan kata penenang, hingga dia rasa masalahnya boleh selesai jika berkongsi dengan kamu.

Sesungguhnya seorang suami tahu, segala masalah & bebanannya boleh dikurangkan bila berkongsi dengan isterinya. Kerana dia kenal siap isterinya. Cuma adakala dia taknak seret isterinya dalam permasalahannya. Sebab dia sayang isterinya.

Lelaki ni, takde sistem multi function mcm perempuan. Kalau dia masak megi, dia akan tunggu sampai siap baru boleh boleh kerja lain. Kalau dia buat lebih dari satu kerja pada satu masa, dia jammed dah.

Kalau nak suruh dia beli barang, pastikan tulis terang-terang sebab dia tak dapat bezakan ikut apa yang kamu mahu. Kalau ikan, tolong sebut ikan apa. Dan berikan dia pilihan lain.

Kalau nak minta tolong dia buat sesuatu, cakap terus kepadanya. Andai berkias, dia akan buat dekkk je. Jangan marah, itu sikap dia. Padanya, andai kamu mahu sesuatu, kamu akan minta. Kalau kamu tak sebut 'saya nak itu, saya nak ini,' dia akan biarkan kata-kata kiasanmu berlalu bagai angin lalu.

Penat, memang penat buat seorang isteri. Tapi itulah yang buat kamu istimewa dimatanya.

Kenapa dia jadi begitu? Sebab tugasnya adalah memimpin, bukan menghafal apa yang kamu inginkan.

Lelaki ini manja sebenarnya, laksana anak kecil, yang perlu dibelai, yang perlu diingatkan selalu, perlu ditegur, perlu diberitahu. Yang jadi susah bila dia ego, merasakan dirinya betul berbanding orang lain yang dipimpinnya.

Makin berusia seorang lelaki itu, dia jadi semakin lupa, sebab dia tahu ada isterinya yang akan mengingatkannya selalu. Hingga dia lupa bahawa isterinya pun makin tua seperti dirinya.

Hanya seorang isteri yang faham bahasa tubuh suaminya, bukan ibunya sekalipun. Begitulah besar amanah seorang isteri yang diberikan Allah.

Berbeza dengan isteri, kerana isteri itu dicipta untuk menemani suaminya, dikala suka & duka. Hingga ada masa dia terlebih risau, dia terlebih sedih & dia terlebih gembira.

Ramai lelaki yang jahat, yang tak laksanakan tanggungjawabnya, yang tak jaga amanahnya, yang ibarat harapkan pegar tapi pegar makan padi... Tapi masih ramai juga lelaki yang baik, yang lembut hatinya, yang berusaha segigih mungkin untuk laksanakan tanggungjawabnya walau dirinya sendiri terluka.

Begitu juga perempuan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,285 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen