“Merajuk Adalah Isu Besar Bagi Si Isteri, Tetapi Kecil Bagi Suami” Antara Sebab Pentingnya Didikan Empati Pada Anak Lelaki Sejak Kecil.

 

Bagi golongan lelaki, merajuk adalah hal kecil dan tidak perlu diperbesarkan lagi. Bagi mereka, kalau kekasih atau isteri mahu merajuk, jangan lah merajuk terlalu lama. Lupakan sahaja isu yang berkaitan.

Namun, perkara ini sebenarnya tidak mudah bagi golongan wanita kerana apabila mereka merajuk mereka mahu dipujuk.

Bukan setakat dipujuk, tetapi perlu mengetahui perasaan sebenar mereka dan berikan mereka solusi bagi setiap masalah dan bukan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Memang ia adalah lumrah bagi setiap lelaki, namun ia menunjukkan lelaki ini bersifat kurang empati.

CIRI-CIRI LELAKI KURANG EMPATI.

Lelaki atau suami yang kurang bersifat empati ini akan…

  • Rimas melihat wanita merajuk dan hanya menganggap mereka mengada mahukan perhatian sahaja.
  • Tiada keinginan untuk memujuk langsung, dan biarkan kekasih atau isteri berseorangan pujuk diri sendiri.
  • Dirinya terlalu ego untuk memahami hati dan perasaan seorang wanita. Bagi mereka, kenapa perlu merajuk? Nanti dia sendiri yang merajuk baru tahu tinggi rendah langit.
  • Berfikiran anak dah ramai, jaga anak sahaja tidak perlu mahu merajuk sampai kena pujuk. Malu dengan anak-anak.

Golongan lelaki bersifat sebegini kerana tiada didikan empati daripada kecil. Ibu bapa hanya mementingkan anak lelaki perlu bersifat agresif daripada kecil, dan perlu bermain dengan lasak. Impaknya, apabila kian besar dan dewasa anak lelaki tidak dapat memahami perasaan dan hati wanita.

PERLU TAHU DIDIKAN KEPADA ANAK LELAKI.

Para lelaki perlu tahu, tanggung jawab menjadi seorang suami adalah besar. Jadi, didik lah anak lelaki sejak dari mereka kecil tentang tanggung jawab tersebut.

  • Seimbangkan IQ dan EQ (Empati).
  • Seimbangkan didikan bapa dengan ibu.
  • Seimbangkan anak menjadi agresif tetapi bersifat empati.

Anak kecil akan melihat apa yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Terutamanya sikap bapa terhadap ibunya sendiri. Jika baik pengaruh bapa kepada ibunya. Baik jugalah sifat dan sikapnya terhadap ibunya sendiri.

Selain daripada lisan dan teori, ibu bapa perlu pentingkan tindakan juga kerana anak-anak lebih mudah melihat apa yang sering dilakukan oleh ibu bapanya. Sebagai contoh, jika ketika itu ibunya sedang dalam keadaan sedih atau merajuk, anak lelaki ini pasti akan melihat bagaimana bapanya memujuk. Biarkan? Kena herdik? Kena marah? Atau sebaliknya.

KESAN APABILA LELAKI MENGANGGAP MERAJUK ADALAH ISU KECIL.

Maka, pada pemikiran anak lelaki, apabila terlihat seorang wanita sedang merajuk mereka akan menganggap situasi sebegitu remeh. Tidak perlu ambil berat dan bermacam-macam andaian buruk lagi. Ini yang menyebabkan apabila anak lelaki sedang bercinta, dan teman wanitanya merajuk, mereka akan lakukan seperti bapanya juga.

Dan kesan yang paling besar kita dapat lihat adalah ketika di alam rumah tangga….

Suami yang ambil remeh tentang keperluan dan nafkah isteri.

Suami yang tidak mengambil berat tentang isteri.

Suami yang tidak memahami hati dan perasaan isteri.

Suami yang melayan isterinya seperti bibik.

Dan sebagainya….

Oleh sebab kesan ini lah, isteri menjadi tawar hati dan mula berdikari. Jika ini yang berlaku, tidak mustahil kes perceraian semakin meningkat dari hari ke hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen