Apa Yang Terjadi Dengan Otak Kita Ketika Sedang Hangat Bercinta? Jom Baca.

 

Apabila insan yang sedang hangat bercinta, apa yang mereka rasakan adalah hati yang berbunga, sentiasa tersenyum, ceria. Malah lakukan apa jua kerja semuanya ibarat sempurna seperti tiada kesalahan. Mudah fokus dan bersemangat pula apabila melakukan sesuatu perkara.

Itu yang kita nampak dengan mata kasar.

Namun, apa sebenarnya yang terjadi pada tubuh badan kita apabila sedang hangat bercinta? Terutamanya di bahagian otak kita sendiri. Secara saintifiknya, pasti ada sesuatu yang berlaku sekiranya kita sedang hangat bercinta mahupun putus cinta.

Ikuti perkongsian dari Dr Rizal ini…

********

No photo description available.

Cinta, Jatuh Cinta Dan Otak.

Biasanya apabila disebut cinta dan kasih sayang, tangan akan ditunjuk di dada. Tandanya berada di hati.

Kasih sayang, cinta letaknya di tempat yang berbeza beza di otak.

Apa berlaku seseorang bercinta sakan atau madly in love dan ditinggalkan? Biasanya akan disebut frust menonggeng. Akan disebut emosi terganggu.

Biasanya apabila disebut emosi, bahagian di otak yang mainkan peranan ialah limbic system. Letaknya dibelakang telinga.

Untuk frust menonggeng, bahagian lain main peranan. Namanya nucleus accumbens.

Untuk orang yang bercinta dan masih lagi bercinta walaupun sudah 20 tahun lamanya, bahagian lain pula aktif. Namanya Ventral Pallidum. Contoh mudahnya yang sudah berumahtangga dan masih sweet sweet gitu.

Sayang pada anak, keluarga dan rakan lama juga letak di sini.

Beza pula kalau baharu jatuh cinta. Atau bahasa sekarang disebut crush. Bahagian yang aktif ialah Ventral Tegmented Area. Ini adalah bahagian berkaitan reward.

Bab main kayu tiga termasuk juga dalam bahagian ini juga. Main kayu golf lain pula ceritanya.

Jumpa buah hati lama lain pula ceritanya. Bahagian Raphne Nucleus pula aktif. Itupun kalau berpisah bukan kerana kemahuan tetapi keadaan yang memaksa. Seperti lagi Saleem “Bukan aku tak cinta” itu.

Apabila tahu bab ini senanglah sikit memahami manusia.

********

Apa yang penulis tahu, ketika sedang asyik bercinta, otak dan minda memang asyik terkenang orang yang tersayang je. Eh! =P

Image result for in love gif
Kredit: Gfycat

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,462 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen