Apakah Hukum Mewasiatkan Sebahagian Harta Kepada Anak Sulung Kerana Dia Yang Banyak Berkorban? Ikuti Penjelasan Ini.

 

Wasiat adalah peninggalan harta benda daripada ahli keluarga sejak nenek moyang lagi.  Ia adalah amalan zaman berzaman supaya keturunan keluarga tersebut terpelihara. Namun sedemikian, dalam peninggalan wasiat ini, sebagai Muslim haruslah ditinggalkan dengan cara yang berlandaskan syariat.

Terutamanya dalam ahli keluarga, semua pihak akan mendapat peninggalan wasiat tersebut mengikut syarat dan jumlah tertentu sebagai panduan. Ia telah disebut di dalam Hadith daripada sabda Rasulullah SAW;

Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata:

“Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”,

Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan saparuh daripadanya?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”,

Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?”

Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia”.

[Riwayat al-Bukhari (2742)]

Namun, sekiranya sebahagian atau separuh daripada harta ingin diberikan kepada ahli waris, terutamanya anak sulung lelaki kerana lebih banyak berkorban para ibu bapa perlu mendapatkan persetujuan daripada ahli waris yang lain. Ini kerana ahli waris yang lain juga perlu mendapatkan hak-hak mereka daripada harta ibu bapanya.

Sebagaimana seperti hadith ini…

“Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris”

[Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)]

Dan hadith ini juga perjelaskan bahawa, sekiranya separuh daripada harta hanya diberikan kepada anak sulung sahaja tanpa mengira perasaan ahli waris yang lain, ia sama ada akan menyebabkan kemudaratan dan juga pertelingkahan adik-beradik sebagaimana Allah SWT telah melarang perbuatan ini dalam firman-Nya…

“Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris)". (Surah an-Nisa’: 12)

Maka dalam hal ini sekiranya wasiat yang ditinggalkan kepada anak sulung mendapat PERSETUJUAN MUTLAK daripada ahli waris (adik-beradik) yang lain selepas kematian kedua ibu bapa, ia adalah sah berikutan daripada Mazhab Syafi’e. Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya.

Oleh yang sedemikian, harus untuk mewasiatkan sebahagian harta pada anak sulung jika mendapat persetujuan dan kebenaran daripada ahli waris lain, dan mereka juga redha. Akan tetapi, jika tiada keperluan yang mendesak untuk meninggalkan wasiat kepada sebahagian daripada ahli waris, maka adalah lebih baik tidak berbuat demikian.

Hati manusia ini berbolak balik. Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,545 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen