Tanda-Tanda Ibu Bapa Menjadi 'Hamba' Kepada Anaknya Sendiri.

 

Dilemma apabila menjalankan tanggung jawab sebagai ibu dan bapa pada anak-anak sendiri adalah, sama ada mahu menurut permintaan anak-anak ataupun tidak. Jika diberi, terlebih manja pula, jika tidak tunaikan permintaan mereka, anak-anak akan menjauhkan diri. Namun, semuanya memerlukan teknik yang betul untuk mendidik.

Apabila terlalu mengikut permintaan anak-anak, ibu bapa akan mula mengikut arahan mereka dan tanpa disedari menjadi’Hamba’. Situasi ini lah yang digeruni oleh para ibu bapa. Jadi, jom lihat tanda-tanda anda sebenarnya menjadi hamba kepada anak sendiri…

1. Ibu bapa mula jadi overprotective.

Sikap terlalu melindung ini sebenarnya memberi kesan yang buruk untuk anak-anak. Ibu bapa yang overprotective adalah apabila anak-anaknya tidak boleh disentuh langsung, malah tidak boleh melihat anak-anaknya menjadi susah. Teknik parenting ini dinamakan sebagai Helicopter Parenting dimana anak-anak menjadi terlalu manja.

Anak-anak juga tidak pandai berdikari, malah mudah menjadi cemas apabila sudah dewasa nanti.

2. Ibu bapa sukar untuk katakan No atau Tidak Boleh.

Ibu bapa mula menjadi hamba pada anak-anak apabila sentiasa tunaikan permintaan anak-anak. Ibu bapa menjadi takut untuk katakana No atau Tidak Boleh pada anak-anak. Ini terjadi kerana ibu bapa mahukan hentikan tantrum anak-anak, apatah lagi jika ia berlaku di khalayak orang ramai.

Image result for ibu bapa menjadi hamba pada anak-anak

Ibu bapa perlu mengetahui bahawa, anak-anak hanya mengada dengan ibu bapanya sendiri sahaja kerana anak-anak mengetahui ibu bapanya akan menunaikan permintaan mereka juga berbanding dengan orang lain.

3. Ibu bapa bagi semua makanan yang anak minta.

Jika sukar untuk mengatakan Tidak pada anak-anak, tidak mustahil ibu bapa akan tunaikan segala permintaan anak-anak termasuklah makanan yang tidak sihat. Oleh sebab itu, kelihatan anak muda pada zaman sekarang mudah mengalami beberapa penyakit. Kesihatan terjejas kerana berat badan yang semakin meningkat.

Berat badan semakin meningkat berpunca daripada makanan yang tidak sihat seperti….

  • Fast Food (Mcd, Kfc, Burger King)
  • Instant Food (Maggie dan semua makanan dalam tin)
  • Makanan Proses. (Nugget, sosej)
  • Susu kultur setiap hari. (Vitagen, Calpis, Yakult) Susu kultur memang baik untuk kesihatan, tetapi bukan untuk diminum setiap hari kerana kandungan gula yang tinggi.

4. Ibu bapa takut mendengar anak menangis.

Sekiranya permintaan anak-anak tidak dapat ditunaikan sudah tentu mereka akan mula menangis, bahkan ada juga anak mula menunjukkan sifat tantrum. Sifat sebegini amat ditakuti oleh para ibu bapa kerana anak-anak akan mula menyakitkan diri mereka sendiri, padahal tangisan dan tantrum tersebut adalah untuk memanipulasi perasaan kedua ibu bapanya.

Tangisan ini terjadi kerana anak-anak tahu ibu bapanya akan tunduk dan patuh dengan permintaannya.

5. Telefon bimbit ibu bapa selalu berada di tangan anaknya.

Dan akhirnya, sering kita lihat pada mana-mana tempat ibu bapa tewas dengan anak-anak kecil dengan memberi telefon bimbit kepada mereka. Nak anak senyap, beri telefon bimbit. Tidak mahu anak menganggu ketika makan, telefon bimbit adalah jalan mudah.

Cuba minta nasihat daripada orang tua anda sendiri, sewaktu anda kecil, bagaimana ibu bapa anda uruskan diri anda ketika menangis?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 534,336 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen