“Generasi Sandwich Lebih Mudah Murung Kerana Terlalu Banyak Tanggung Jawab..” Adakah Anda Dari Golongan Sandwich?

 

Sudah sedia maklum, kita pasti akan mengetahui tentang golongan atau generasi baby boomer, generasi x, y, z, alpha dan sebagainya. Akan tetapi, siapakah generasi sandwich ini? Dan kenapa mereka mudah murung? Ikuti perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini…

********

“Saya tersepit, doktor.”

Dia datang mengadu sentiasa berdebar, mengantuk tetapi mata tak boleh lelap, sentiasa lesu, tiada fokus bila bekerja. Dia juga mengaku ada pernah terfikir nak lari rumah.

Lelaki 45 tahun, ada anak bini, ada ibubapa, ada kerja, tapi nak lari dari rumah sendiri. Bila saya sudisiasat elok-elok, saya nampak apa masalahnya.

Lelaki ni tersepit, bukan dalam erti kata fizikal, namun dia tersepit antara tanggungjawab sebagai anak dan sebagai bapa. Itu buat dia sangat stress, dan mula ada tanda-tanda awal kemurungan.

Stress adalah sesuatu yang mudah berlaku kepada generasi sandwic seperti lelaki lelaki ni. Ia juga boleh menjadi punca kemurungan.

Apa Tu Generasi Sandwic?

Generasi sandwic adalah generasi yang dihimpit tangggungjawab menjaga generasi sebelum dan selepasnya. Mereka tergolong dalam generasi ini adalah individu yang berumur 30-50an yang perlu menanggung ibu bapa yang berusia 60-90an dan anak-anak yang berusia 15-20an.

Mengapa Ini Berlaku?

Generasi ini terbentuk apabila berlaku anjakan pada perkembangan kesihatan dan sosioekonomi negara(dan dunia).

Anak-anak zaman sekarang lazimnya mula bekerja lambat kerana menyambung pelajaran. Umur 25, masih belajar, makan minum dan perbelanjaan harian masih ditanggung oleh ibubapa.

Selain itu, jangka hayat rakyat Malaysia pun semakin panjang. Warga emas yang sudah sudah tidak bekerja ni perlu ditanggung juga, dan lazimnya perlukan perhatian yang lebih terutamanya dari aspek kesihatan.

Related image

Maka, generasi sandwic ini terdedah kepada tekanan hidup yang tinggi kerana perlu memastikan memikul tanggungjawab memberi sokongan kewangan, perlindungan, kesihatan dan emosi kepada ibubapa, diri dan pasangannya, serta anak-anak.

Satu rumah, penghuninya 7-10 orang. Kena kerja dua pekerjaan. Suami isteri kena kerja. Sehari-hari kena kerja kuat untuk pastikan semuanya cukup, sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Itu yang ada terfikir nak lari rumah, nak lari dari tangggungjawab, kerana dah tak tertanggung lagi bebannya tu. Hal ini juga menyebabkan ada kes anak-anak terabai, warga emas terbiar, rumah tangga cerai berai,kemurungan dan sebagainya.

Oleh itu, kita kena persiapkan diri untuk hadapi cabaran ini.

Antara persiapan yang boleh kita lakukan adalah menimba ilmu tentang keibubapaan, penjagaan kesihatan, pengurusan wang, pengurusan risiko, hartanah, saluran bantuan, ekonomi dan lain-lain.

Di Mana Nak Timba Ilmu-Ilmu Ni?

Di media sosial pun boleh. Media sosial ni sebenarnya lebih bukan sahaja wadah bersosial, ia juga media penyampaian dan pencarian ilmu. Di Facebook ni ada ramai orang yang beri ilmu secara percuma. Ambil peluang, ambil manfaat itu.

Image result for read gif

Cuma perlu berjaga-jaga, di media sosial ni pun ramai yang mahu ambil kesempatan untuk memperdaya kita. Pastikan orang yang anda follow tu bertauliah dan beretika dalam penyampaian ilmu.

Mulakan persediaan kita hari ini. Tak usah tangguh lagi. Masa depan kita ditentukan oleh apa yang kita buat hari ini.

Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bersama menimba ilmu.

********

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen