Anak Menangis Tengah Malam Tidak Boleh Tidur, Ibu Ayah Boleh Cuba Ikhtiar Ini.

 

Apbila anak-anak kecil mula meragam pada tengah malam, memang tidak senang duduklah ibu bapa dibuatnya. Risau sekiranya anaknya itu tidak memiliki tidur yang cukup ataupun anaknya berdepan dengan kesakitan. Kebimbangan ibu bapa ini sememangnya tidak dapat dikawal sekiranya melihat anak menangis.

Ada yang sampai berjaga sepanjang malam gara-gara ini menjaga anaknya yang meragam sepanjang malam. Kejadian sebegini juga boleh membuatkan ibu ayah turut mennagis bersama-sama anak kecilnya itu.

Jika berlakunya kejadian sebegini, anak menangis pada lewat malam tidak berhenti-henti, ibu ayah boleh cuba ikhtihar air penawar seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Muhajidin Al Banjari, Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini.



Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar baby nangis malam,Baby kembung perut,Susah tidur malam,Kerap mimpi tidak elok,kerap gelisah tanpa sebab,kerap sakit kepala...Boleh amalkan cara di bawah..

Cara di bawah jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus..



1. Ambil Air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut.

2. Baca Al Fatihah 1x.

3. Selawat Syifa 3x



4. Al ikhlas. 3x

5. Kemudian baca "Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah"



6. Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.

Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur...

Panduan lain:

i. Jika baby demam berbalik2 dan nangis malam,selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan,terutama sapu di muka baby dan belakang baby,

ii. Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisan nya,jika demam izin Allah akan kebah demam nya...

iii. Manaka la jika kita ada gangguan dalam badan,jika selesai minum air tersebut,jika gangguan ada dalam badan,kita akan sedawa selepas minum,kita akan rasa loya nak muntah,perut kembung tak selesa,tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat,

iv. Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin ,inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh...

v. Jika tak sembuh cari la perawat islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda..

vi. Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur...

Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin...

Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen