“Fenomena Mati Mengejut, Kita Mampu Mengubahnya” – Dr. Azima.

 

Kesihatan ini adalah satu perkara yang sangat berharga, malah jika diberikan satu kesihatan yang baik juga merupakan rezeki yang patut disyukuri selalu. Ini kerana, kesihatan tubuh badan ini tidak ada dijual beli dimana-mana.

Sering kali kita dengar akan fenomena mati mengejut bukan? Walaupun ia berlaku secara tiba-tiba tetapi kita mampu mengubah perkara ini daripada berlaku. Macam mana nak mengubah perkara ini daripada berlaku? Mari sama-sama kita ikuti perkongsian Dr. Azima ini.



FENOMENA MATI MENGEJUT, KITA MAMPU MENGUBAHNYA

Akhir ini kita sering mendengar fenomena kematian mengejut yang dikaitkan dengan serangan jantung atau kegagalan jantung.

Serangan jantung kali pertama mungkin tidak membawa maut!

Namun begitu jika pesakit tersebut mempunyai diabetes yang teruk, mungkin serangan jantung itu disebabkan oleh kegagalan buah pinggang berfungsi.

Dalam kes seperti ini harapan pesakit itu untuk hidup adalah tipis.

Ini adalah kerana darah tidak dapat dibersihkan mengakibatkan salur darah jantung tersumbat dan kematian sel-sel jantung. Kebiasaannya pesakit akan koma beberapa hari, ada antaranya tak recover.

Dalam keadaan yang lain, terjadi juga fenomena `koma’ secara tiba-tiba. Punca koma terjadi mungkin akibat perkara-perkara berikut:

!! Stroke.

!! Cedera berat di kepala.

!! Diabetes

!! Infeksi pada otak, misalnya meningitis dan ensefalitis

!! Keracunan, misalnya akibat karbon monoksida.

!! Overdose alkohol atau dadah/narkotik

!! Kekurangan oksigen.

!! Kejang.

!! Tumor pada otak.

LANGKAH TERBAIK menghindar mati mengejut ialah dengan selalu membuat periksaan penuh darah sekurang-kurangnya sekali setahun.

Mohon dimasukkan di dalam pemeriksaan darah tersebut untuk melihat tahap HOMOCYSTEINE.

Bahan ini jika melebihi kadar 15.0 umol/l menunjukkan individu tersebut amat berisiko di serang penyakit jantung atau strok.

Rawatan yang perlu dilakukan.

Rawatan EECP atau bahasa mudahnya rawatan yang membantu melancarkan aliran darah dan secara langsung membantu membaikpulih fungsi organ-organ utama antaranya jantung dan buah pinggang.

Aliran darah yang lancar akan membantu penyampaian sel darah merah, oksigen dan zat mineral secara efisien. Tiada halangan. Ia umpama hiway kita. Bila ada eksiden, seluruh jalan akan sesak. Kereta bersusun kerana tak boleh meneruskan perjalanan selagi trafik masih sesak. Begitulah aliran darah kita.

Ia perlu lancar untuk membantu kesihatan dalaman kita tiptop.

Darah yang lancar dan bersih memudahkan bukan saja kerja buah pinggang, keseluruhan sistem badan kita. Ia membantu menghindarkan komplikasi seperti masalah jantung, buah pinggang dan diabetes.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen