"Jangan Manjakan Anak Sangat, Ada Masa Ibu Bapa Perlu Betegas, Barulah Tidak Beri Kesan Pada Anak Bila Besar Nanti."

 

Tiada satu ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang pada anak-anak mereka. Sebab itulah, setiap apa yang anak mereka mahukan pasti akan cuba ibu bapa turuti. Itu lah sikap ibu bapa yang sentiasa mahu memberi kegembiraan terhadap anak-anak mereka.

Tetapi sebagai ibu bapa hendak manjakan atau turuti segala permintaan anak perlu lah berpada-pada. Ini kerana, sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak akan memberi kesan kepada mereka apabila dewasa kelak.

Jadi, untuk kebaikan anak-anak, belum terlambat untuk ibu bapa mengubah cara didikan terhadap anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif, yang menyifatkan bahawa Helicopter Parenting. Semoga ia membawa manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.



Jangan manjakan anak sangat

Meraung raung si Solahuddin ni nak saya pakaikan seluarnya. Bukannya dia tak reti tapi saja nak bermanja dengan saya.

Solahuddin masih meraung minta saya pakaikan seluarnya. Saya keraskan hati. " Nak, Abi bukan tak sayang kamu nak. Abi cuma taknak manjakan kamu secara berlebihan. Abi taknak jadi Helicopter Parent yang merosakkan anak sendiri kerana kasih sayang yang terlalu mendalam dan berlebihan! "



Antara contoh Helicopter Parenting :

Semua benda kita buat untuk anak

⛔ Semua permintaan anak kita tunaikan

⛔ Tak sanggup langsung tengok anak susah

⛔ Tak ajar langsung anak berdikari

⛔ Semua aktiviti anak kita masuk campur

⛔ Anak kita jadikan Bos dalam rumahtangga

Saya bukan saja saja taknak jadi Helicopter Parenting ni. Saya takut kesan buruk pada si Solahuddin je. Bila saya jadi Helicopter Parent, ada kemungkinan besar anak saya ni akan mempunyai masalah cemas tak menentu ( anxious all time ) bila dah dewasa nanti.

Ni efek Helicopter Parenting yang paling saya takutkan terjadi pada anak saya. Jadi biarlah dia menangis sekarang ketika saya masih ada disini daripada dia menangis suatu hari nanti ketika saya tak ada lagi disisi

p/s : Jom ingatkan mak ayah yang lain juga kerana ramai lagi mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,817 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen