Didik Anak Lelaki Tidak Perlu Gunakan Kekerasan, Tetapi Ibu Ayah Perlu Bijak Kawal Mereka. Ikuti Tips Membesarkan Anak Lelaki Anda.

 

Rezeki dalam mempunyai anak ini sememangnya berlainan. Ada orang yang mempunyai rezeki anak lelaki yang ramai dan ada pula yang mempunyai rezeki anak perempuan yang ramai. Semuanya bergantung pada rezeki pasangan suami isteri itu.

Apa yang penting adalah bagaimana mak ayah mengasuh, mendidik serta membesarkan anak-anak mereka. Ada yang berpendapat menjaga anak perempuan itu lebih susah berbanding anak lelaki bahkan ada juga yang menyatakan bahawa mendidik anak lelaki itu lebih susah berbanding anak perempuan. Tapi semuanya bergantung pada ibu dan ayah mereka.

Mungkin anak perempuan ini lebih lembut, maka mereka ini lebih mudah untuk dididik serta dibimbing jika hendak dibandingkan dengan anak lelaki. Bahkan bukan itu sahaja, Perbezaannya, anak lelaki mungkin lebih cergas dan aktif berbanding anak perempuan. Mereka cenderung untuk bermain tanpa mengira waktu. Disebabkan itu ibu bapa perlu bijak mengawal mereka. Berikut merupakan panduan yang ibu bapa perlu tahu dalam membesarkan anak lelaki anda.



Panduan Membesarkan Anak Lelaki

1. Jangan menetapkan terlalu banyak batasan untuk mereka

Secara umumnya, anak lelaki juga memerlukan batasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan sama seperti anak perempuan. Namun begitu, jangan terlalu tegas dengan mereka mengenai perkara ini dan tidak membenarkan mereka melakukan apa-apa aktiviti. Sebaliknya, biarkan mereka meneroka dunia ini dalam pemerhatian anda. Semakin mereka meningkat dewasa, ajar mereka untuk mengenal sendiri akan risiko dan bahaya terhadap apa-apa aktiviti yang mereka sukai seperti berbasikal atau bermain papan luncur.

2. Jangan biarkan mereka bosan

Anak lelaki sangat cepat menjadi bosan. Disebabkan itu, mereka sentiasa perlu melakukan aktiviti untuk mengisi waktu lapang. Apa yang anda boleh lakukan adalah benarkan mereka bermain di luar bersama kawan-kawan mereka tetapi tetapkan waktu dan tempat mereka bermain terlebih dahulu. Jika anak lelaki anda hanya terperuk di rumah, mereka hanya akan menonton televisyen atau bermain permainan video yang ternyata tidak sihat buat mereka.

3. Jangan anggap mereka mempunyai pemikiran yang sama dengan anak perempuan

Ya, sejak kecil lagi pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza sama sekali. Disebabkan itu, cara membesarkan anak lelaki perlu berbeza dengan membesarkan anak perempuan. Sebagai contoh, anak perempuan mungkin lebih terbuka mengenai perasaan mereka. Ini sangat berbeza dengan anak lelaki yang cenderung untuk menyimpan atau memendam perasaan mereka. Sebagai ibu bapa, pastikan anak lelaki anda tidak menyorokkan apa-apa daripada anda tetapi jangan sesekali memaksa mereka untuk memberitahu anda mengenai perasaan mereka.

4. Jangan terlalu memanjakan mereka

Kadangkala, ibu bapa mungkin tidak sanggup melihat anak lelaki mereka terlalu terbeban dengan tugasan yang mereka berikan. Sebenarnya, anda tidak perlu berasa seperti ini. Sebaliknya, biarkan mereka menghabiskan tugasan seperti mencuci kereta atau mengemas rumah secara sendiri. Ini akan menanam sifat tanggungjawab yang perlu ada dalam diri untuk kehidupan mereka sendiri kelak.

5. Jangan bimbang jika mereka “lembut’’

Menjadi seorang lelaki tidak membenarkan mereka untuk menjadi kasar, nakal atau jahat. Jika anda perasan anak lelaki anda adalah seorang yang agak “lembut’’ dan sangat prihatin terhadap individu lain, jangan cuba mengubah mereka. “Kelembutan’’ ini diperlukan untuk mereka lebih bersikap seperti lelaki sejati dan memahami perasaan individu lain. Namun begitu, jangan pula galakkan anak lelaki anda untuk berpernampilan seperti anak perempuan.

6. Jangan bersikap stereotaip terhadap jantina mereka

Paling penting, anda sebenarnya tidak boleh terlalu bersikap stereotaip terhadap jantina mereka. Jika anak lelaki anda menangis, jangan salahkan atau ketawakan mereka kerana berkelakuan seperti anak perempuan. Jika dia mula memukul kawannya pula, jangan pula anda bersorak dan berbangga kerana mereka kononnya bersikap seperti seorang lelaki yang kuat. Sebaliknya, sokong dan dorong mereka untuk menjadi versi diri mereka yang terbaik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen