7 Cara Lelaki Luar Biasa Hadapi ‘Break Up’.

 

Break up memang satu pengalaman hidup yang bukan mudah untuk semua orang. Anda cenderung untuk berkurung dalam 1001 satu soalan & kesedihan. Gagal untuk mengawal diri akan menyebabkan pelbagai kemungkinan lebih buruk. Berdasarkan kajian, lelaki yang dapat menghadapi cabaran ini dapat menjadi lelaki yang 3 kali ganda lebih baik dari sebelumnya. Jika anda tak pasti apa nak buat selepas ‘break-up’, baca tips dari pakar di bawah ini.



1. Berikan masa.

Sebagai lelaki, kita memang suka memendam perasaan dari kelihatan lemah. 
Berhenti sekarang!!!

Bersedihlah! Lepaskan perasaan itu TAPI bukan untuk tempoh masa yang lama. Jangan ambil penyelesaian sementara seperti alkohol atau dadah. Bercerita pada kawan baik juga dapat mendatangkan ketenangan. Ingat! Hanya yang tenang akan menang bro.

2. Berhenti berharap.

Yang sudah tu sudahlah Berhenti berharap yang hubungan anda akan bertaut kembali. 
Ia harapan palsu. Di alam realiti mahupun dalam mimpi.Berhenti berharap!



3. Filem romantik bukan realiti.

Pernah lihat adegan dalam filem romantik yang akhirnya girlfriend sedar kesilapannya dan kemudian berlari berpelukan di airport atau tepi jalan dalam hujan. Selepas itu segala kesilapan dimaafkan.
Jangan terpengaruh dengan filem.  Ada sebab mengapa mereka gunakan pelakon bukan watak sebenar.

4. She-tox.

Ini langkah paling penting. Buang sebanyak mungkin memori dengan si dia. 
Berhenti hubungi dia atas apa sebab sekalipun. Jangan pergi ke tempat yang anda pernah pergi bersama. Sibukkan diri anda untuk detox memori si dia dari fikiran anda. Intense workout juga adalah cara yang baik untuk langkah ini



5. Baiki ego.

Lakukan ini secepat mungkin. 
Berjumpalah dengan lebih ramai orang dan bersosial. Jadikan pengalaman bersosial anda lebih besar dari masalah ‘break-up’. Buat apa yang anda tak dapat buat semasa bersama dia contohnya travel, hiking atau bermain futsal dengan kawan-kawan yang anda dah lama tinggalkan masa sibuk ber’dating’.

6. Refleksi.

Hanya ada 2 pilihan. 
Pertama, bersedih dan tenggelam dalam kekecewaan. Kedua, move on sebagai lelaki lebih hebat. Pilih yang kedua.

7. Hidup baru.

Mulakan langkah baru ‘like a man’. 
Jangan pandang belakang lagi. Anda berhak untuk gembira mulai dari sekarang!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen