Lelaki Ini Kongsikan, Jangan Bagi Pinjam Duit Pada 11 Individu Ini.

 

“Kalau tak tolong dikatakan sombong. Tapi bila dah tolong, sampai bila pun tak bayar hutang…”

Itulah dilemma setiap individu yang mahu menolong atau memberi pinjaman, terutamanya dikalangan ahli keluarga sendiri, mahupun sahabat handai.

Bagaimana untuk kita mengetahui bahawa individu tersebut layak untuk diberi pertolongan dari segi kewangan? Ikuti nasihat daripada saudara Azizul Azli ini…

********

Jangan Beri Hutang!

Image may contain: one or more people and text

1. Semua antara kita pernah memberi hutang saya rasa.

2. Walaupun 'Melayu mudah lupa" tetapi bila orang berhutang dengannya, ia kekal dalam fikiran sampai bila bila, Itu fitrahnya.

3. Saya beranggapa kita boleh menolak untuk memberi hutang golongan manusia yang ;

  • Buat sambutan hari jadi anak bertema Frozen atau superhero terkini.
  • Ada spoiler pada wiranya lebih tinggi dari kancil kita.
  • Masih merokok macam biasa.
  • Kekal dengan i-phone 6, sedangkan kita masih guna oppo sahaja.
  • Baju rayanya ada tujuh warna dan sebelas jenama.
  • Masih updated fb makan di secret resepi.
  • Bercuti dihotel bergambar sebelah kolam mandi di Bali.
  • Buat kenduri mengalah anak menteri.
  • 'Shopink' masih ke Sogo, Lazadah dan Pavilion lagi.
  • Tempah baju pengantin yang bergemelapan sana sini.
  • Masih berlanggan Astora Warna, sedangkan kita cuma tengok TV3.

4. Situasi ini terjadi kerana, mereka gagal tentukan yang mana keperluan yang mana kehendak.

5. Maka, anda punyai hak untuk tidak beri mereka pinjaman.

6. Jika tidak, mereka akan lupa siapa anda, bila jumpa pastinya mencuka.

Anda bukan lagi sahabatnya. Anda membina musuh dengan memberi mereka hutang.

Sekiranya anda mahu memberi mereka pinjaman juga, ikuti 3 tips mudah ini…

  • Jika mereka hutang untuk beli barang keperluan, sila pertimbangkan.
  • Jangan tunaikan 100% permintaan hutang, jika dapat 50% dari permintaan
  • Beri nilai yang kita anggap akhirnya boleh jadi niat sedekah, jika dia tak bayar. Anggaplah sedekah sahaja.

********

Semoga Kita Dijauhkan Dari Sifat Suka Berhutang!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen