"Jangan Malu Untuk Berbelanja Buat Diri Sendiri, Kerja Kuat-Kuat Apa salahnya Jika Beri Reward" Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

 

Orang kata kalau nak berjimat ini biarlah berpada-pada jangan sampai menyiksa diri. Dan tidak salah sekiranya kita membeli sesuatu yang kita inginkan. Setiap orang pasti mempunyai satu keinginan. Tengok orang pakai tudung cantik, pakai bag mahal ataupun makan tempat mewah pasti sekali sekala ingin juga.

Bukan itu sahaja, kalau terlalu berjimat akhirnya menyusahkan diri itu pun tidak bagus sebenarnya. Membeli apa yang anda mahukan itu perlu bijak bukannya berbelanja sehingga tiada simpanan malah menambah hutang.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Hafiz Mustapha ini, tidak salah jika sekali sekala kita reward diri kita dengan sesuatu yang kita inginkan. Asalkan tidak menanggung hutang dan membebankan diri sendiri.



Jom baca nukilan dari beliau.



Seorang peserta mengadu pada saya yang dia diperli oleh kakak ipar kerana membeli shawl berharga RM500. Dia yang bekerja sebagai kerani dikatakan membazir duit dan beli barang tak padan dengan gaji kerani.

Peserta tu bagitahu dia mengumpul duit beberapa bulan untuk shawl tersebut. Terlalu teringin dan hanya beli sehelai je. Bukan selalu pun beli barang mahal.

Pendapat saya memang sah lah kakak ipar dia tu ada sedikit iri hati. Mungkin juga jenis yang kerjanya suka membawang. Kerja banyak tapi suka membawang.

Pesanan saya JANGAN MALU untuk berbelanja selepas kita bekerja keras. Hanya kita yang tahu menguruskan kewangan kita. Lain orang lain selera. Aminah suka bermewah beli baju tetapi Rogayah suka mewah bab makan.

Berbelanja mewah atau sedikit 'extravagant' adalah cara kita untuk "REWARD" diri sendiri.

Jenis REWARD ini boleh bermacam jenis seperti travel, barangan berjenama, kereta, gajet, makanan atau memanjakan diri di spa.

Reward juga akan membuatkan kita rasa puas dan seterusnya kita tidak rasa terbeban untuk menolong orang lain. Kita rasa tertekan atau stress jika asyik memberi dan langsung tidak menerima. Contohnya duit gaji setiap bulan hanya dibelanjakan untuk keluarga sehingga melupakan kebajikan diri sendiri. Ada jenis ahli keluarga yang hanya tahu meminta tanpa memberi. Alasan mereka ialah keluarga mesti menolong keluarga. Kesannya ialah orang yang asyik memberi tanpa reward diri sendiri akan rasa dipergunakan. Akhirnya dia akan mula mengungkit pemberian.

Konsep ikhlas terus lupus.

Nak beli beg harga ribu-ribu, go for it asalkan tidak berhutang keliling pinggang.

Teringin pinggan mangkuk mahal? Beli je asalkan semua keperluan keluarga kita settlekan.

Sweater Gucci RM3800 jika ada saiz dan duit lebih ambil je..

Tshirt 'bodoh' Marc Jacobs harga RM500 pun jangan rasa bersalah hendak beli.

Bodoh-bodoh pun tak ambil duit orang lain.

JANGAN MALU untuk BERBELANJA untuk diri sendiri. Kerja kuat-kuat apa lah salahnya jika reward!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen