"Isteri Tidak Halang Suami Untuk Lakukan Aktiviti Luar Tetapi Berpada-Padalah, Isteri Pun Perlukan Suami Di Rumah Juga."

 

Apabila memegang status sebagai suami ini, kita sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap anak-anak dan isteri kita. Sebagai suami sepatutnya mengutamakan keluarga dahulu sebelum perkara yang lain-lain terutamanya kawan-kawan atau perkara yang dimintai.

Isteri sememangnya tidak akan pernah halang apa yang suaminya mahu lakukan, tetapi sebagai suami perlulah berpada-pada jangan sampai tindakan anda itu membuat isteri berkecil atau atau terasa hati. Mungkin isteri anda tidak akan bercakap atau menghalang tapi bila-bila masa kesabaran mereka ini boleh meletup.

Jadi sebelum apa-apa jadi pada rumahtangga yang dibina itu, adalah lebih baik jika anda mencegah dari perkara yang tidak diingini. Bahkan bagaimana jika isteri anda pula yang melakukan perkara yang sama seperti anda, pasti akan menimbulkan rasa marah bukan?

Jom kita baca sedikit pandangan yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini. Banyak yang kita boleh dapat kalau memahami setiap mesej yang ingin disampaikan dengan jelas.



Kita sebagai suami ni, kadang-kadang kita tak sedar ada perkara yang kita buat, yang isteri tak suka...cuba kita tukar tempat, isteri buat apa yang selalu kita buat...

Apa jadinya...

Kita balik keje, tengok isteri kat ruang tamu...kita pergi dapur buka tudung, tak ada makanan, baju penuh dalam mesin basuh, rumah berselerak...kita tanya isteri, "Awak tak buat apa-apa ke kat rumah?" Isteri jawab, " Tak sempat bang...dari tadi saya sibuk dengan PuBG ni...YES! winner, winner chicken dinner!...bang, nanti saya habis main game, saya buat tau, tak pun abang pergi tapau luar je lah..."

Kita tengah makan, isteri cakap, "Abang makan dulu, saya nak keluar lepak jap kt kedai mamak depan tu, member ajak, jangan risau, semua gegurl...Pinggan letak dalam sinki, jap lagi tido sendiri, tak payah tunggu saya balik...mugkin saya balik lewat kot kejap lagi...saya bawak kunci rumah siap-siap, bye bang"

Kita tengah relax-relax tengok tv, isteri cakap, "Abang, hujung minggu ni saya dengan kawan-kawan nak pergi memancing...tengahari atau petang saya balik la...abang jaga anak-anak kejap time saya tak ade kat rumah, nanti saya bawak balik ikan...kita buat masak stim, takpun 3 rasa...air elok kalau nak mancing time-time macam ni..."

Hujung minggu, sedap-sedap tengah baca paper, isteri pakai helmet, jaket kulit, sleuar jeans...kita tanya, " Nak ke mana tu yang..?" Isteri jawab, "Alaa abang ni, lupa lettew, kan saya dah bagitau abang, hari ni saya ikut konvoi moto geng-geng Ysuku, kami ride p naik Genting, turun Cameron Highlands, lalu Cherating, pastu otw balik singgah kt Hatyai...abang ni, benci taw...abang nak kirim apa-apa tak...?"

What? Apa kita rasa...?

Kita mesti nak dia duduk umh dengan kita kan...jaga anak, spend time sama-sama, buat keje rumah sama-sama, keluar jalan sama-sama, bersiar-siar dan sebagainya...macam tu la yang isteri rasa...bukan dia tak bagi kita main game, bukan dia tak bagi kita melepak, berkonvoi ride motor bagai tu tapi berpada-padalah...jangan smpai kita melebihkan dan mengutamakan aktiviti luar lebih dari dia dan anak-anak...dia pun perlukan kita dirrumah walaupun tak buat apa-apa tapi cukup sekadar ADA di rumah dengannya...janji ada...tu je...

Tak susah pun kan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,768 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen