Berbulan Madu Itu Penting Dalam Perkahwinan.

 

Berbulan madu merupakan salah satu bentuk perjalanan cinta yang biasanya diungkapkan dengan melakukan perjalanan yang romantis. Berbulan madu bukan hanya di kalangan pengantin baharu sahaja tetapi juga boleh dipraktikkan oleh pasangan yang sudah lama berkahwin. Berbulan madu itu penting bagi menghangatkan hubungan pasangan suami isteri ke arah membina rumah tangga yang harmoni. Berikut manfaat berbulan madu dalam perkahwinan.



1. Mempereratkan hubungan.

Ia bukan rahsia lagi kerana berbulan madu sememangnya momen romantis yang melibatkan anda dan pasangan. Berbulan madu menjadikan hubungan lebih intim dan semakin erat untuk pasangan yang baru berkahwin dan juga pasangan yang sudah lama berkahwin. Menikmati perjalanan bersama ke sebuah destinasi juga mampu menciptakan hubungan yang harmoni.

2. Lebih fokus kepada pasangan.

Ketika inilah anda dan pasangan saling fokus antara satu sama lain. Hindari perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja yang pastinya boleh menganggu saat-saat indah anda bersama pasangan. Dengan cara ini anda dan pasangan dapat melatih diri masing-masing untuk saling memberikan perhatian sepenuhnya tanpa sebarang gangguan.



3. Membantu menenangkan fikiran.

Berjalan berdua sambila berpegangan tangan sambil menikmati panorama indah di petang hari tentunya membangkitkan mood untuk bercinta. Bukan sahaja dapat menenangkan fikiran tetapi dalam msaa yang sama dapat menenangkan fikiran. Pilihlah lokasi yang tenang dan aman seperti pulau, kawasan berbukit atau di pantai. Dengan cara begitu semua beban dan masalah yang ada akan hilang begitu sahaja apatahlagi apabila anda ditemani oleh si dia.

4. Menghangatkan hubungan di atas ranjang.

Walaupun ketika berbulan madu anda tidak akan menghabiskan waktu di atas ranjang sepanjang hari namun tentu sahaja hasrat untuk bersama pasangan akan memuncak. Hangatkan kemesraan dengan urutan lembut sambil memberikan pelukan yang hangat bagi membangkitkan mood untuk bercinta. Jika anda dan pasangan merasakan hubungan semakin ‘sejuk’ apa kata ambil masa untuk berbulan madu. Tentunya hubungan yang suram itu akan kembali hangat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,751 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen