“Isteri Itu Adalah Cerminan Dirimu” Pesan Ustaz Pahrol Pada Para Suami.

 

Selepas berkahwin sahaja, isteri mula menjadi garang, isteri mula tidak menjaga penampilan, isteri mula mengambil ringan hal ehwal rumah tangga, namun semuanya perlu dilihat kembali oleh para suami.

Adakah betul cara si suami menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga?

Sebagai Muslim, apa sahaja yang kita lakukan, dan apa sahaja hasil yang kita lihat, refleks diri kembali. Bermuhasabah diri. Kenapa sebahagian perkara tidak seperti yang dirancangkan dan sebaliknya?

Terutamanya dalam hal ehwal rumah tangga, suami isteri perlu bermuhasabah diri sekiranya pasangan melakukan perkara yang kalian tidak suka. Suami perlu tahu, kenapa isteri jadi begitu? Jangan salahkan isteri seratus peratus, tanpa mengakui kesalahan sendiri.

Tanggung jawab suami ini besar, tersilap langkah satu keluarga menerima kesannya. Oleh itu ikuti pesanan daripada Ustaz Pahrol ini…

********

Pesan buat suami:

1. Isteri cerminan diri mu.

Dia dibentuk oleh pimpinan dan didikan mu. Salah dan silapnya ialah bayangan diri mu sendiri. Justeru, jangan cepat menyalahkannya tetapi perbaikilah diri setiap kali berlaku perselisihan. Memperbaiki diri sendiri, adalah jalan terbaik mendidik isteri.

2. Jangan mengungkit kebaikan yang diberi.

Itu bukan jasa, tetapi tanggungjawab. Jika dihargai, syukur. Jika tidak, jangan ambil hati. Itulah cara Allah mendidik kita tentang keikhlasan. Tidak dihargai manusia bukan bererti kita tidak berharga tetapi itulah tanda kita benar-benar berharga di sisi Allah...dengan syarat kita terima segalanya dengan sabar.

3. Selalu cari dosa-dosa kita dengan Allah.

Justeru itulah hijab datangnya bantuan Allah dalam rumah tangga kita. Sebagai pemimpin, suamilah yang paling bertanggungjawab mengundang turunnya barakah ke dalam rumah tangga. Mungkin dosa kita kepada Allah menyekat hubungan baik kita dengan isteri dan anak-anak. Jalan keluar daripada masalah ini ialah sentiasa beristighfar dan bertaubat.

Insya Allah kita sambung bicara ini nanti bila diizinkan. Insya-Allah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen