Senarai Semak Yang Wajib Dilakukan Sebelum Berbulan Madu.

 

Selepas selesai majlis perkahwinan yang diimpikan, pastinya setiap pasangan merancang untuk berbulan madu ke destinasi yang telah dipilih. Dalam keseronokan untuk meluangkan masa bersama, pasangan pengantin perlu melakukan senarai semak sebelum pergi berbulan madu. Entri kali ini berkongsikan senarai semak yang perlu anda buat sebelum pergi berbulan madu.



1. Passport/visa/lesen memandu.

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara, jangan lupa bawa passport bersama. Selain itu pastikan anda membuat visa terlebih dahulu sekiranya negara yang bakal anda lawati memerlukan perkara ini. Bawa bersama lesen memandu kerana kadangkala sesetengah tempat memerlukan anda untuk meninggalkan kad pengenalan.

2. Tiket penerbangan atau pengesahan e-tiket.

Perkara yang paling utama sebelum memulakan perjalanan ialah memastikan tiket penerbangan ada bersama anda. Pelbagai masalah akan berlaku sekiranya tiket tertinggal di rumah dan semua perancangan yang telah dirancang akan terjejas.



3. Pengesahan tempat tinggal.

Sebelum bertolak ke destinasi pilihan. Semak semula penginapan tempat tinggal atau hotel bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Telefon pihak hotel yang telah dipilih bagi membuat pengesahan penginapan.

4. Matawang asing.

Sekiranya anda ke luar negara dan menggunakan matawang asing, pastikan anda membuat tukaran mata wang terlebih dahulu. Selain matawang asing lebih murah jika dibeli di dalam negara, ia akan memudahkan kelancaran anda unutk menuju ke destinasi bulan madu.

5. Kad kredit.

Anda digalakkan untuk membawa kad kredit bersama untuk saat kecemasan. Namun begitu, harus diingatkan agar sentiasa mengawal perbelanjaan ketika bercuti, Anda boleh menggunakan kad kredit di saat kecemasan.



6. Bekalan makanan.

Sebagai muslim, pastinya anda mengambil berat mengenai soal makanan dan minuman. Oleh itu, bawalah sedikit bekalan makanan sekiranya destinasi pilihan anda sukar untuk mendapatkan makanan halal. Selaian itu, anda boleh menjimatkan kos perbelanjaan kerana membawa bekalan dari awal lagi.

7. Pakaian secukupnya.

Sediakan pakaian secukupnya bagi memudahkan pergerakan anda ketika berbulan madu. Anda harus mengkaji terlebih dahulu cuaca destinasi pilihan anda agar pakaian yang dibawa sesuai dengan cuaca di sana. Anda dinasihatkan supaya tidak membawa pakaian terlalu banyak. Cukup sekadar keperluan mengikut tempoh anda berbulan madu.



8. Salinan insurans perjalanan.

Perkara ini perlu untuk kegunaan di saat kecemasan. Perkara yang tidak diingini mungkin boleh berlaku saat anda berbulan madu. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memastikan anda sentiasa di dalam perlindungan insurans meskipun anda di luar negara.

9. Ubat-ubatan.

Pastikan anda membawa ubat-ubatan sebagai persiapan awal. Manalah tahu anda akan jatuh sakit ketika berbulan madu. Anda boleh membawa panadol, ubat selesema, ubat sakit kepala dan lain-lain lagi. Persediaan ubat-ubatan amat penting sekiranya anda jatuh sakit secara tiba-tiba.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen