"Jangan Salahkan Takdir Bila Hidup Kita Tidak Terurus..." Cuba Perbaiki Hidup Dengan 3 Perkara Ini.

 

Hidup ini ada pasang surutnya, kadang kita rasa kita yang paling tidak bertuah sekali. Kadang kala kita merasakan hidup orang lain itu lebih membahagiakan berbanding kita. Bahkan, kita rasa ujian yang datang pada kita ini menimpa-nimpa, lepas satu-satu ujian yang datang.

Apa yang kita buat? Salahkan orang lain tanpa cuba untuk memperbaiki diri dan mencari salah sendiri.

Ramai yang tidak sedar, jika kita ingin hidup yang bagus kita perlu jaga pergaulan kita. Menurut Kak Bed Jaafar, beliau tertarik dengan salah satu perkongsian Tuan Arian Surya mengenai orang-orang yang mahu memperbaiki hidup.



MAHU MEMPERBAIKI HIDUP

“Kenapa ya, hidup saya berantakan sekali?

Saya dijauhi oleh ramai orang tanpa alasan yang jelas. Difitnah pula oleh teman-teman dengan khabaran palsu.

Jodoh pun belum sampai walau umur sudah 30an.

Yang lebih celakanya, saya ini seolah-olah bekerja hanya untuk membayar hutang yang banyak. Sudahlah begitu, pernah pula ditipu oleh orang tak bertanggungjawab.

Apa yang saya harus lakukan untuk keluar dari semua belenggu masalah ini, tuan?”


“Keberuntungan seseorang, bukan dipengaruhi oleh orang lain, bukan juga kerana takdir sedang membuli. Puncanya tidak lain melainkan diri sendiri.


Jangan salahkan sesiapa ketika hidupmu sial.

Salahkan orang tua, salahkan teman, salahkan pasangan; hentikan.

Tuding jari itu ke muka sendiri, bukan mereka. Setiap orang bertanggungjawab dengan hidupnya. Apa pun yang kamu lakukan, ada akibatnya; baik mahupun buruk. Kamu sendiri yang mengundang semuanya.

Yang harus kamu perhatikan agar hidupmu berubah, adalah PERGAULANMU, dan pergaulan yang betul ini ada turutannya.

Kalau hidup kita ingin bagus, awali pergaulanmu dengan yang utama.


Tuhanmu.

sebelum kamu bergaul dengan yang lain.

Percaya atau tidak, hidup saya berubah secara total setelah saya perbaiki hubungan dengan Tuhan saya sendiri.

Bilakah kali terakhir kamu berkeinginan untuk membetulkan cara kamu berhubung dengan Tuhan yang selama-lamanya Dialah yang memberi kamu rezeki?

Kita ini asyik minta rezeki rezeki rezeki tak habis-habis, tapi tak pernah fikir pula mahu merapati Tuhan dengan cara yang benar.

Bagaimana rezekimu mahu bagus jika dirimu culas sentiasa dengan Maha Pemberi Rezeki?

Atau mungkin ibadah yang kita kerjakan hanya ibadah kosong yang tiada hati di dalamnya?

Sampai hati ya, dengan orang lain bukan main bersungguh mahu menjaga, tapi dengan Tuhan biasa-biasa saja.

Banyakkan bersujud, sahabat.

Kerana di kala sujud itu kita sedang berserah diri pada ketentuan Ilahi. Ketika dirimu sudah berserah, tenang akan datang. Apabila tenang, masalah akan beres dengan sendirinya.

Selepas solat, curahkan semua di hadapan Tuhan, lagak orang yang sedang berbual dengan teman baik sendiri. Boleh cuba bereksperimen dengan kaedah ini. Perlahan, tapi pasti selesai inshaAllah. Tinggal lagi mahu atau tidak saja.

Teman yang paling sejati, sentiasa Tuhan yang Menciptakan dan Mengizinkan semua.

Kedua, setelah dimurnikan hubungan dengan Dia, perbaiki hubunganmu dengan DIRI SENDIRI.

Ini sering sangat dilupakan orang. Bilakah kali terakhir kamu berbaik-baik dengan diri sendiri? Bingung kan nak menjawab? Bingung sebab tak pernah buat.

Begini, orang yang paling tenang itu, ialah orang yang dekat dengan Tuhannya, kemudian dekat dengan hatinya sendiri.

HATI SENDIRI.

Bilakah kali terakhir kamu mendengar suara hatimu dalam menjalani hidup setiap hari? Perkerjaan yang kamu kerjakan, terdapatkah suara di dalamnya? Jodoh yang kamu pilih, teman sekeliling; adakah cocok dengan suara hatimu?

Kebanyakan orang hidupnya seperti robot, ikut saja hala yang ditunjuk oleh orang lain. Berdamai dulu dengan dirimu, banyakkan meditasi dan menyendiri, paksa diri untuk khusyuk dalam ibadah; tujuannya untuk mencari kembali suara hati, dan mendengarkan apa yang suara itu mahu.

Pernah tak lihat ada teman yang asalnya baik, tiba-tiba berubah jadi nakal? Tahu tak mengapa dia boleh jadi begitu? Kerana dia salah mengatur keutamaan dalam bergaul.

No 1 kan seharusnya bergaul dengan Tuhan dulu, kedua pula dengan diri sendiri.

Teman yang khilaf tadi, mengatur teman-teman sekeliling di no 1. Lalu terjadilah apa yang terjadi; segala yang diajak teman tadi semua diikutkan. Merokok, arak, maksiat, hingga punah hidup.

Betulkan turutan pergaulan.

i. Tuhan.

ii. Diri sendiri.

iii. Teman sekeliling; ibu bapa, pasangan, keluarga dan tetangga.

Mengapa pula teman sekeliling itu di tempat ketiga?

Agar dirimu tidak hilang jati diri dan sentiasa aman. Kamu tidak akan mudah terpengaruh dengan orang yang salah, dan kamu akan teguh memiliki peribadi yang kuat.

Bagaimana dengan wang? Adakah setelah saya betulkan turutan ini, cabaran kewangan saya juga akan pulih?
Ya inshaAllah.

Kerana kamu telah perbaiki hubungan dengan Tuhan yang Maha Berkuasa, Tuhan yang Maha Memberi Rezeki”

Tuan Arian Surya
Pagar Kehidupan

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,104 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen