“Lepas Konvo Nak Sambung Belajar Atau Terus Kerja?” Ikuti 8 Tips Ini.

 

Bagi para graduan yang baru sahaja konvo, pasti tertanya-tanya ingin buat apa selepas habis belajar. Ada yang mahu sambung Master atau PhD, ada juga yang mahu bekerja terus demi mencari rezeki untuk menanggung diri sendiri dan juga keluarga.

Dilemma ini sering terjadi pada para graduan kerana untuk mendapat kerja yang diidamkan zaman sekarang amat tipis. Namun, semuanya bergantung kepada nasib dan takdir masing-masing kerana rezeki adalah berbeza pada setiap insan.

Tetapi sebagai permulaan untuk menentukan kehidupan sendiri, para graduan haruslah…

1. Cari kerja dahulu untuk timba pengalaman.

Apabila anda sudah belajar pada peringkat Diploma, mungkin anda boleh terus mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang anda. Sesudah sahaja praktikal, jaga prestasi anda supaya majikan yakin dengan kerja yang anda lakukan. Pengalaman kerja pada masa kini amat penting kerana, tanpa pengalaman majikan sesebuah syarikat tidak yakin untuk mengambil anda bekerja, walaupun pointer anda bagus.

Dengan mengekalkan pelajaran dan kerja dalam bidang, ini dapat menjamin pada masa hadapan anda dapat kerja yang diidamkan.

2. Belajar kerja dari bawah dulu.

Memang benar para graduan zaman sekarang demand hanya mahukan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pelajarannya. Jadi, carilah kerja dari mana-mana alternatif seperti Jobstreet, Mahukerja, Indeed, Wobb.my, Refersjob.my.

Jangan malu menjadi kuli, tetapi jangan dibuli.

3. Jangan merana sekiranya kerja diluar bidang.

Ikhlaskan hati apabila dapat kerja diluar bidang. Itu adalah rezeki anda untuk dapat bidang yang anda sendiri tidak pernah terfikir, berkemungkinan besar majikan nampak potensi anda boleh lakukan kerja tersebut. Belajar daripada senior.

4. Jangan terus nak beli kereta.

Yang penting apabila habis konvo adalah, jangan merengek pada kedua ibu bapa atau abang/kakak sulung anda untuk belikan kereta baru. Cemburu lihat kawan-kawan mempunyai kereta baru? Jangan tertipu! Beli kereta akan membuat anda sukar

  • Untuk membeli rumah pertama.
  • Anda mempunyai hutang kereta selama 9 tahun.
  • Anda perlu renew roadtax setiap tahun, maintenance/service, tol dan minyak. Belum kira bila kena saman nanti.

5. Utamakan pengalaman daripada gaji.

Para graduan sekarang, bukan sahaja mahu kerja dalam bidang yang diminati, gaji pun demand banyak pada masa kini. Memang benar anda mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, tetapi ia tidak menjamin untuk anda dapat gaji selaras dengan tahap pendidikan. Ini kerana, persaingan yang terlalu banyak, malah majikan pentingkan pengalaman anda.

Mana-mana para temuduga yang Out Standing, pasti dipilih oleh majikan.

6. Jangan merana sekiranya dapat kerja jauh daripada kampung halaman.

Dah biasa tinggal dengan kedua ibu bapa semasa belajar, jadi kerja pun nak dekat dengan mereka juga. Timba pengalaman bukan setakat di kawasan tempat kerja sahaja, luaskan sosial anda supaya dapat membina komunikasi dan keyakinan diri dengan lebih baik.

7. Jangan merana sekiranya dapat kerja shift hour.

Pada usia yang muda ini, biasakan bersusah payah dahulu, senang kemudian. Jangan menangis kena bangun awal pagi untuk pergi ke pejabat, jangan meraung sekiranya perlu balik lewat malam, semua itu pengalaman. Pada usia mudalah, anda perlu tahu apa itu kesusahan untuk mencari duit sendiri. Kesusahan menanggung maintenance diri sendiri. Kepayahan untuk menurut permintaan ahli keluarga juga.

Itu yang ibu bapa kita lakukan untuk membesarkan kita.

8. Jangan lupa menyimpan/menabung.

Apabila sudah mempunyai kerja, beringat-ingat ketika mendapat gaji. Jangan habiskan semua duit gaji tersebut, tetapi simpanlah RM200 setiap bulan. Ia untuk masa hadapan anda juga, supaya dapat beli rumah, beli kereta, dan juga berkahwin. Eh!

Selamat Mencuba, Selamat Beramal dan Jangan Merungut!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,770 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen