Antara Pesanan Dari Saidina Ali Bin Abi Talib Yang Perlu Kita Amalkan.

 

Sebagai umat Islam, sudah pasti ingin menjadi insan yang terbaik dari masa ke semasa. Dari hari demi hari. Detik demi detik. Tidak pula mahu menjadi yang tidak baik untuk selamanya. Suatu hari akan tiba untuk kita berubah, beristiqamah dalam bertaubat dan juga melakuan kebaikan.

Dengan adanya Al-Qur’an dan juga hadith, ia menjadi sumber untuk kita jadikan teladan dan contoh daripada kisah-kisah Nabi. Jika benar mengamalkan bacaan Al-Qur’an, dan Taklim bersama keluarga di rumah, sudah pasti mengetahui antara pesanan Rasulullah SAW dan juga sahabatnya.

Seperti Saidina Ali Bin Talib juga ada pesanan kepada anak-anak adam iaitu…

1. Simpan rahsiamu berdua saja:

  • Dirimu.
  • Allah SWT.

2. Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

  • Ibumu.
  • Bapamu.

3. Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:

  • Sabar.
  • Solat.

4. Jangan terlalu risau dengan dua hal ini:

  • Rezeki.
  • Ajal.

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Kita yang merancang, Allah SWT yang menentukan.

5. Dua hal yang tidak perlu diingati selamanya:

  • Kebaikanmu terhadap orang lain.
  • Kesalahan orang lain terhadapmu.

6. Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:

  • Allah SWT.
  • Alam Akhirat.

7. Selalu dekat dengan 4 orang ini:

  • Ibumu.
  • Bapamu.
  • Saudara lelakimu.
  • Saudara perempuanmu.

8. Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:

  • Anak yatim.
  • Miskin.
  • Fakir.
  • Orang Sakit.

9. Empat hal yang akan memperindah dirimu:

  • Sabar.
  • Tabah.
  • Tinggi ilmu.
  • Dermawan.

10. Empat orang yang hendaknya kamu dekati:

  • Orang yang Ikhlas.
  • Orang yang setia.
  • Orang yang dermawan.
  • Orang yang jujur.

11. Empat orang yang jangan kamu jadikan teman:

  • Tukang bohong.
  • Tukang curi/rasuah.
  • Tukang hasut.
  • Tukang mengadu domba.

12. Empat orang ini jangan sampai kamu berkira terhadap mereka:

  • Isterimu.
  • Anak-anakmu.
  • Keluargamu.
  • Sahabatmu.

14. Empat hal yang hendaknya kamu kurangkan:

  • Tidur.
  • Makan.
  • Malas.
  • Bicara gossip.

15. Empat hal yang jangan kamu putus :

  • Solat.
  • Membaca Al-Qur'an.
  • Berzikir.
  • Hubungan silaturrahim.

Oleh yang sedemikian, kejarlah dalam melakukan kebaikan sehingga mendapat kemuliaan disisi Allah SWT, dan juga perbaiki keburukan sehingga ia mendatangkan faedah pada orang ramai juga. Semoga bermanfaat pada kita, dan selamat beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,195 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen