“Ibu Bapa Sepatutnya Berhenti Stress Kalau Anak Tak Bijak Macam Anak Orang Lain..” –Ibu Rose-

 

Sebagai ibu bapa, sudah pasti mahukan anak yang bijak pandai dan disenangi oleh orang ramai. Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah menjadi anak yang soleh/solehah.

Akan tetapi, sejauh mana ilmu parenting yang para ibu bapa ini ada untuk memastikan anak-anak dididik dengan baik?

Dan adakah ibu bapa sebenarnya mengetahui bahawa setiap anak-anak itu mempunyai personaliti yang berbeza, apatah lagi bakat pada diri?

Para ibu bapa sepatutnya tidak boleh menjadi stress sekiranya anak-anak tidak bijak macam anak orang lain seperti perkongsian dari Ibu Rose ini…

********

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Anak Tidak Perlu Sempurna Seperti Anak Orang Lain Untuk Kita Didik Dia Dengan Baik.

Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej Ibu hari ini ialah - janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anda bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang.

Dan yang paling Ibu hendak ingatkan JANGAN sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat hendak mendidik dia.

Salam kasih,

Ibu Rose

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,373 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen