Cabaran Setiap Mak Ayah Apabila Anak Jatuh Sakit Tetapi Terpaksa Menghantar Anak Ke Pusat Jagaan.

 

Dalam membesarkan anak-anak ini, sudah tentu memerlukan kesabaran yang tinggi oleh mak ayah. Bukan sekadar cabaran malah ujian yang akan dilalui juga pelbagai bentuk. Mungkin ada yang diuji dengan berpisah jauh dengan anak, ataupun masalah kesihatan anak.

Apa yang selalu mak ayah bimbangkan adalah apabila anak jatuh sakit. Tiada mak ayah yang sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Bila anak jatuh sakit ini, mak ayah biasanya perlu beri satu penjagaan yang rapi buat mereka, tetapi jika terdapat kengkangan kerja menyebabkan mak ayah tidak dapat berikan penjagaan yang rapi.

Kadang kala kita percayakan orang lain dalam menjaga anak-anak kita ini, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka lakukan dibelakang kita. Menurut Doktor Khairul Faizie, besar cabaran bila anak kecil yang berumur bawah 5 tahun terpaksa dihantar ke pusat jagaan atau nursery ketika mereka sedang sakit (parents tak dapat cuti). Antara cabaran dan masalah yang kerap dikongsikan oleh patient-patientnya ialah:



1) Bila anak cirit birit.

Memang aku nasihatkan parents supaya diapers anak ditukar kerap masa cirit birit, untuk elak rashes pada kelengkang baby / toddler. Namun luahan parents antaranya:

" Saya dah bagitau penjaganya, tolong tukar kan pampers kerap...tak apa saya sediakan pampers banyak...Tapi sedih bila petang ambil anak, kadangkala tahinya dah siap keras di pampers..ruam kat kelengkang makin teruk "



2) Bila anak perlu diberi ubat.

Antara masalah yang timbul ialah penjaga tak bagi ubat ikut aturan yang ditetapkan. Umpamanya 3 kali sehari, di bagi sekali sehari. Ubat antibiotik cecair ( syrup form) yang dipesan oleh parents supaya disimpan di dalam fridge, tak disimpan sepatutnya..rosak antibiotik tu.

3) Anak yang ada eczema / kulit sensitif.

Anak anak yang kulit sensitif / ada eczema ni, besar kos jagaannya. Tak boleh berpanas, perlukan aircond. Bila dihantar ke nursery / rumah penjaga, kadangkala tiada aircond / atau terhad masa pengunaan aircond nya ( kerana kos). Memang kasihan tengok luahan parents pada aku, bila mereka beritahu petang2 ambil anak, kulit mereka merah, tergaru garu mereka.



4) Anak dapat jangkitan dari kanak kanak lain kerana sikap parents lain tu yang tak mahu kuarantin kan anak.

Bila anak kena HFMD, atau Scabies, atau Chicken Pox, atau apa jua penyakit berjangkit, mereka wajib dikuarantin dirumah. Jangan di hantar ke sekolah / nursery. Namun ada parents yang abaikan nasihat kuarantin ini. Penyudahnya, habis anak orang lain terjangkit.

5) Anak diberi ubat tanpa pengetahuan parents

OK, yang ini amat serius ya. Tak tahu lah mengapa, mungkin terlebih caring ke apa, ada penjaga nursery bagi ubat tanpa pengetahuan parents. Kita faham kalau anak tu demam tinggi tiba-tiba semasa jagaan, penjaga bagi ubat demam Paracetamol ( itu pun perlu telefon parents, kot la budak tu ada allergic paracetamol). Bukan tak pernah terjadi, aku tahu terjadi sebab parents mengadu kat aku. Penjaganya bagi produk apa ntah kononnya kesian tengok baby yang dijaga ada eczema yang teruk. Sedangkan ubatan doktor pun tak boleh selamba dibagi macam tu je, ni pula bagi produk alternatif !

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen