Bersalin Normal Selepas Sekali Caesar, Eh Boleh Ke? Ini Penjelasan Pakar.

 

Sakit ketika bersalin adalah sakit yang paling digeruni oleh wanita. Tapi proses bersalin ini terbahagia kepada dua, iaitu secara normal dan Caesar, yang mana satu lebih menyakitkan? Setiap proses kelahiran itu ada kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Begitu juga rasa kesakitan dan cara penjagaan selepas bersalin normal mahupun secara Caesar.

Biarpun begitu, ibu-ibu yang sudah merasai bersalin secara Caesar ini sudah tentu ingin merasakan rasa bersalin secara normal. Tapi boleh ke selepas bersalin Caesar selepas itu hendak normal? Pasti ramai yang tertanya-tanya akan perkara sebegini bukan? Mari kita lihat penerangan Dr. Muhammad Izzat ini.

Menurut beliau, lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah BOLEH bersalin normal. Nampaknya masih ada pelung ibu-ibu nak merasai bersalin secara normal. Namun begitu, beliau turut menyarakan agar ibu-ibu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Jom baca penerangannya dengan lebih jelas.



“Saya ada 1 caesar - boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”

Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.

Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi - Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS )

Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya.



Dalam menentukan pilihan mana yang SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni :

☘️Kenapa buat caesar yang terdahulunya?

☘️Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu?

☘️Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang?

☘️Jenis potongan dibuat pada rahim?

☘️Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya?

☘️Kandungan skang ni ada masalah atau apa apa komplikasi

☘️Brapa banyak anak yang ibu mahukan? - risiko meningkat dengan setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.

Saya perlukan intraoperative notes ( apa yang berlaku masa caesar itu ) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti.

Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yang melakukan pembedahan tersebut.

Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal, dan tak terlalu lewat.

Lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah BOLEH bersalin normal.



Apa faktor-faktor yang meninggikan kejayaan bersalin normal?

I. Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita)

II. Sakit bersalin tu datang secara semulajadi

III. BMI ibu kurang 30

Kelebihan bersalin secara normal lepas 1 pembedahan caesar

• Komplikasi dibandingkan dengan caesar sgt KURANG

• Peratusan kejayaan utk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi

• Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah

• Duduk hospital pun sekejap je

• Senang nak mulakan breastfeeding

• Risiko-risiko operation dapat dielakkan

• Baby kurang risiko dapat masalah pernafasan

Keburukan bersalin Normal lepas ada 1 pembedahan caesar

I. Mungkin kena emergency caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan membawa risiko yang lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.

II. Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.

III. Mungkin ada koyakkan bersalin yang teruk pada vagina



KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar

• Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean

• Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya

• Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim ( classical lscs )

• Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal

• Kelebihan bersalin secara ERCS

• Risiko rahim pecah kecil - 1 dalam 1000

• Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yang dipilih ini.

Keburukan bersalin secara ERCS

1. Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan caesar yang pernah buat sebelum ni.

2. Jangkitan kuman

3. Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism

4. Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah

5. Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy mmg akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim ( placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yang dilakukan lagi tinggi risikonya.

6. Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan - 2 dalam 100

7. Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yang lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yang lahir secara normal.

Kalau bayi yang lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku - 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.

Maka da jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu anda sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen