Nak Beli Perabot Buat Kali Pertama, Ini Langkah Yang Anda Perlu Ambil Sebelum Membeli. Elakkan Pembaziran!

 

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri dan bagaimana hiasan dalaman yang mahu dipilih. Yela, bila dah ada rumah tak akan nak biarkan rumah itu kosong tanpa isi apa-apa di dalamnya. Paling tidak anda perlu beli beberapa kelengkapan rumah yang anda perlukan bahkan yang lebih utama.

Namun begitu, nak beli perabot untuk rumah pertama ini bukanlah satu yang mudah. Ini kerana anda masih belum tahu keluasan dan hiasan dalaman yang sesuai dengan suasana rumah anda itu. Jadi apabila anda nak beli perabot pertama mungkin anda boleh lakukan beberapa langkah di bawah ini.



1. Ambil ukuran ruang terlebih dahulu.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu perabot atau hiasan dalaman rumah, anda seharusanya memikirkan tempat yang bakal anda letakkan perabot tersebut. Sebab itu sebelum membeli ukur ruangan tersebut barulah ia akan lebih cantik dan kemas. Tak akan anda hendak membeli perabot yang akan menggangu laluan utama anda, malah menyukarkan anda bukan?



2. Pastikan ia selesa bukan sekadar gaya sahaja.

Kita hendak membeli sesuatu perabot hendak guna lama, jadi jangan terlalu terburu-buru dalam memilih sesuatu perabot. Adalah lebih elok jika bertanya penjual, apa fabrik atau material yang digunakan untuk perabot yang menjadi pilihan anda itu. Sebagai pemebli anda berhak membuat keputusan dan bertanya pelbagai soalan mengenai perabot yang anda mahukan.

3. Utamakan keselamatan.

Buat anda yang membeli perabot untuk mendirikan rumahtangga, pasti anda perlu mengutamkan ciri-ciri keselamatan pada perabot tersebut, agar lebih mesra kepada kanak-kanak. Elakkan membeli perabot rumah yang diperbuat daripada bahan bahaya seperti kaca ataupun mempunyai struktur tajam yang merbahaya untuk kanak-kanak. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?



4. Bezakan keperluan dan kemahuan.

Tidak semua barang yang anda pilih itu menepati keperluan anda bahkan boleh sahaja jadi sekadar kemahuan sahaja. Mana tidaknya, rambang mata apabila melihat pelbagai jenis perabot yang cantik-cantik. Jadi sebelum anda membeli, adalah lebih baik anda membuat perbincangan bersama pasangan anda serta kira bajet dahulu. Selepas itu barulah anda buat keputusan. Tapi jangan membazir pula ya!

5. Tema dan warna pilihan.

Pemilihan tema dan warna yang sesuai boleh buatkan dalaman rumah anda nampak cantik, menarik dan elegan walaupun ruang kecil. Rajin-rajinkan diri untuk search di Google macam mana nak menghias rumah dengan cantik. Ada banyak tips pemilihan perabot, dari jenis sampailah ke panduan memilih warna.



6. Perabot berkaki atau tidak berkaki.

Ini tips yang tak ramai orang ambil berat. Sebenarnya, faktor pemilihan perabot juga membantu korang masa mengemas rumah nanti. Bagi kami, perabot berkaki menjadi pilihan kerana sebab utamanya senang nak menyapu. Haha!



7. Beli yang penting dahulu.

Tidak semua semestinya rumah anda kosong perlu dipenuhi dengan perabot dengan kadar segera. Adalah lebih baik jika anda membeli yang penting dahulu dan tidak membeli sekaligus. Ini kerana, ia akan memudahkan anda menyusun atur malah tidak membuat anda rasa kesempitan wang.

Dalam membeli perabot ini pemilihan dan perbincangan bersama pasangan adalah lebih penting. Ini kerana ia untuk keselesaan kalian berdua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen