6 Cara Untuk Jana Duit Dengan Rumah Anda.

 

Kadang-kala untuk mencari duit sampingan, pasti sudah cuba pelbagai kaedah sehingga rasa putus asa kerana kaedah tersebut tidak kena dengan minat, tidak mendatangkan untung, hanya mengikut musim dan sebagainya. Namun, sebenarnya untuk mencari duit sampingan dalam jangka masa yang panjang, anda sebenarnya boleh lakukan dengan rumah sendiri sahaja iaitu…

1. Sewakan Ruang Laman Untuk Menanam Tanaman.

Bukan senang nak cari tanah, nak lagi tanah untuk berkebun! Jika anda ada laman atau tanah yang subur di rumah anda, anda boleh gunakannya untuk dapatkan pendapatan lebih.

Image result for sewakan ruang laman
Kredit: Majalah Labur

Tapak semaian, kedai tumbuh-tumbuhan malah penggiat kebun kecil-kecilan selalunya memerlukan ruang simpanan ataupun tanah untuk tumbuh-tumbuhan mereka. Anda boleh menawarkannya supaya mereka boleh menanam sayur, bunga, dan tumbuhan-tumbuhan hiijau yang lain untuk sejumlah sewa yang kecil.

2. Sewakan Bilik.

Anda juga boleh lakukan melalui sewaan jangka pendek dengan komitmen yang lebih kecil. Cara sewaan yang semakin popular digunakan pada masa kini adalah dengan menggunakan aplikasi Airbnb, Hostel Hunting dan Homestay.

Image result for small and nice room
Kredit: HomeDesign

Anda hanya perlu sediakan sebuah bilik dengan kemudahan asas. Selain itu, bergantung kepada aplikasi yang digunakan, anda mungkin hanya perlu menyediakan sarapan. Jika anda tidak mahu menerima sesiapa dan inginkankan kembali rumah anda buat diri sendiri, anda boleh sekat tarikh-tarikh tertentu atau padam sahaja ia daripada senarai yang berkaitan.

3. Pembiayaan Semula Rumah Anda.

Jika anda telah memiliki hartanah anda buat beberapa tahun dan nilainya telah meningkat, anda boleh dapatkan lebihan tersebut melalui pembiayaan semula (refinance). Selain itu, jika nilai rumah anda kini lebih tinggi daripada baki pinjaman, anda juga boleh membuat refinance untuk membayar sebahagian besar daripada pinjaman asal.

Image result for refinance home
Kredit: Finder

Sebagai contoh, jika rumah anda kini bernilai RM400 000, dan baki tertunggak anda adalah RM150 000; nilai rumah anda kini adalah lebih tinggi daripada hutang anda.

4. Buat Jualan Garaj.

Setelah bertahun-tahun, kebanyakan rumah biasanya akan mengumpul pelbagai barang-barang yang tidak lagi diperlukan dan hanya memenuhkan ruang di rumah anda. Dengan membuat jualan garaj, anda boleh melepaskan perabot, peralatan, buku-buku dan pakaian lama dan dapatkan sedikit wang.

Related image
Kredit: OuiBlog

Jemput jiran-jiran, rakan-rakan dan sanak saudara ke jualan garaj anda. Anda juga boleh menyebarkan iklan bagi penggemar vintaj atau penggemar barang terpakai (preloved) untuk turut sama datang. Biasanya anda boleh jumpa banyak laman di media sosial atau pasaran online bagi tujuan ini, dan ianya mudah serta percuma untuk digunakan.

5. Menjaga Haiwan Peliharaan.

Jika anda suka dengan binatang peliharaan seperti kucing, malah jika rumah anda sudah ada beberapa ekor, anda mungkin ingin mengambil upah dalam menjaga haiwan peliharan orang lain (pet sitting).

Related image
Kredit: Phys

Bila ada orang yang pergi bercuti, mereka biasanya menghantar haiwan peliharaan kepada ‘hotel’ khas, dan kebanyakannya dibuat di rumah sahaja. Anda boleh mengenakan caj mengikut hari, dan wang yang boleh anda dapat memang boleh tahan. Kadar caj adalah daripada RM30 ke RM60 setiap hari, lebih-lebih lagi jika anda memberikan khidmat tambahan seperti mendandan atau berjalan bersama haiwan peliharaan.

6. Sewakan Ruang Storan.

Apabila seseorang individu atau perniagaan sedang berpindah atau mengecilkan saiz mereka, mereka selalunya memerlukan ruang storan untuk dokumen, perabot, dan barang-barang yang lain.

Related image
Kredit: Lundiausa

Mungkin perkara ini tidak selalu berlaku di Malaysia, namun idea ini sama seperti Storemates, di mana sesiapapun boleh menyimpan barang mereka di rumah jiran atau mana-mana ‘storemates’ berdekatan pada caj yang lebih murah daripada syarikat ruang storan yang biasa.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen