Gusi Berdarah Selepas Gosok Gigi, Mungkin Kerana 6 Perkara Ini.

 

Menggosok gigi adalah rutin harian yang akan dilakukan selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Ia adalah bertujuan untuk menyegarkan bau nafas malah menghilangkan segala kotoran pada gigi. Namun begitu, kadang kala kita akan berdepan dengan masalah gusi berdarah apabila sedang menggosok gigi, sedangkan gigi kelihatan sihat sahaja. Jadi apa puncanya?



Jika pernah berlaku, kemungkinan besar ini kerana anda mengalami masalah gusi bengkak dan berdarah.

Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang kadang-kadang membuatkan kepala berdenyut. Perlulah diingat yang gusi bengkak dan berdarah tidak boleh dipandang ringan dan harus dirawat dengan segera ya!
Apa faktor-faktor, penyebab gusi bengkak, berdarah dan mungkin boleh bernanah?



1. Gingivitis atau dipanggil keradangan gusi

Gingivitis merupakan faktor utama gusi bengkak dan berdarah. Gingivitis dalam bahasa lain ialah keradangan gusi. Ini dapat dikesan apabila gusi mudah menjadi merah, bengkak dan berdarah. Tanda-tanda berlakunya Gingivitis ialah apabila:

Jaringan gusi terlihat bengkak dan menjadi merah yang ketara iaitu merah yang lebih tua daripada bahagian gusi yang lain.

i. Ketika memberus gigi, bahagian gusi berkenaan mudah berdarah.

ii. Gusi berasa berdenyut dan sakit yang kuat.

iii. Mulut berasa tidak selesa dan bau yang tidak menyenangkan.

iv. Pembentukan nanah di bahagian antara gusi dan gigi.

Gingivitis harus dirawat secepat mungkin atau boleh menyebabkan berlakunya Periodontitis. Periodontitis boleh mengakibatkan gusi tertarik menjauhi bahagian leher gigi dan menyediakan ruangan pembentukan poket yang boleh dijangkiti.

Penghasilan toksin oleh bakteria seterusnya akan memusnahkan tulang dan tisu penghubung yang penting sebagai tapak pemegang gigi.

2. Hormon wanita hamil / mengandung

Secara amnya, wanita-wanita hamil amatlah terdedah dengan perubahan hormon yang tidak menentu. Hormon-hormon yang terhasil pula boleh menyebabkan pengaliran darah ke gusi meningkat, di mana peningkatan yang ketara ini secara amnya akan mengakibatkan gusi berasa tidak selesa dan seterusnya membengkak.



3. Apabila kurang vitamin

Pengambilan Vitamin C dan K yang rendah merupakan pengaruh yang agak penting kepada sistem imunisasi dan daya tahan kita secara keseluruhannya. Namun, bagaimana kita mahu mengesan sama ada tubuh kita mempunyai Vitamin C dan K yang cukup? Cara yang paling ringkas sekali ialah dengan melihat sama ada adakah terjadi pendarahan pada gigi dan gusi apabila anda memberus gigi.

Jika ada, itu boleh diambil kira sebagai antara faktor-faktor jelas bagi individu yang mengalami masalah kekurangan Vitamin C dan K. Disamping itu, kekurangan pengambilan sayur-sayuran hijau adalah antara salah-satu faktor utama seseorang kekurangan kandungan Vitamin C dan K.

4. Kekurangan Asid Folik

Sama juga seperti Vitamin C dan K, kandungan Asid Folik yang rendah boleh menyebabkan seseorang terdedah dengan risiko gusi bengkak dan berdarah.

Menurut pakar, ini disebabkan ketidaknormalan pada fungsi sel yang menjurus kepada keradangan gusi ataupun Gingivitis.

5. Jarang berus gigi

Jarang memberus gigi juga boleh menyumbangkan kepada faktor gusi bengkak dan berdarah. Justeru, mempunyai rutin memberus gigi amatlah digalakkan kerana seseorang itu mampu menjamin kesihatan dan kebersihan mulutnya dengan membersihkan gigi secara teratur dan konsisten.

Ini kerana, sisa- sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi akan mendorong kepada pembentukan plak oleh bakteria dan seterusnya membuat gusi terdedah dengan pelbagai jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, harus diingat, memberus gigi secara kasar juga boleh mengakibatkan gusi terluka dan berdarah.

Jadi, diharap anda semua memberus gigi secara bersederhana, jangan sekuat hati. Jangan sebab malas gosok gigi, jadi penyebab gusi bengkak pula!



6. Pakai pendakap gigi (braces) dan gigi palsu

Pendakap gigi (braces) atau gigi palsu yang tidak dipasang dengan teliti dan tepat akan memudahkan lagi sisa-sisa makanan melekat pada celahan gigi dan menjadi sarang untuk bakteria membiak dan membentuk plak gigi.

Jika dibiarkan untuk tempoh yang lama, ini mengakibatkan plak mengeras dan menghasilkan karang gigi yang mendedahkan gusi kepada jangkitan kuman.

7. Pengambilan ubat

Sesetengah ubat seperti ubat untuk penyakit darah tinggi mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan keradangan dan pendarahan pada gusi. Selain daripada ubat darah tinggi, ubat penenang juga menyebabkan mulut menjadi kekeringan dan ini juga mendorong kepada pelbagai masalah kepada kebersihan dan kesihatan gusi dan gigi itu secara keseluruhannya. Antara contoh ubat-ubatan ini termasuklah Warfarin, Aspirin dan Heparin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,104 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen