Pada Usia Muda Anda Perlu Bersusah Dahulu Dengan 6 Situasi Ini, Kemudian Baru Mampu Hidup Senang.

 

Ramai dikalangan orang yang sudah berumur sama ada berpangkat pakcik mahupun atuk sering memberi peringatan bahawa anak muda zaman sekarang hidup ‘senang’. Itu pun disebabkan dengan kemudahan teknologi dimana-mana sahaja. Dengan adanya telefon bimbit, kemudahan awam seperti  teksi, lrt, mrt, kemudian kemudahan internet dan sebagainya.

Namun sedemikian, secara realiti anak muda zaman sekarang bukan hidup dalam ‘kesenangan’ tetapi kemudahan tersebut membuatkan mereka hidup dalam persaingan. Berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang lebih hidup bahagia dan juga kaya.

Sebenarnya untuk hidup senang dalam jangka masa yang panjang, anak muda seharusnya melalui 6 situasi ini…

1. Naik basikal, motor atau kemudahan awam.

Terlalu bergantung kepada kereta, sehingga tidak memandang kenderaan yang lain kerana ‘tidak style’ atau takut diperli oleh rakan sebaya. Jika ke sekolah atau ke Universiti, memadai sekiranya berjalan kaki atau berbasikal sahaja. Gunakan kemudahan yang ada dalam Universiti tersebut, jimat pun jimat, di samping itu dapat juga kuruskan badan sekiranya berjalan kaki ke kelas.

Pada mereka yang sudah bekerjaya, gunakan sahaja kemudahan awam ataupun motor. Sebab itu perlu cari tempat kerja yang berdekatan dengan rumah.

2. Jangan beli kereta berjenama dahulu.

Kesalahan anak muda pada masa kini adalah berlumba-lumba untuk membeli kereta berjenama tanpa mengetahui kos yang tersembunyi iaitu:

  • Maintenance.
  • Roadtax.
  • Service.
  • Tol.
  • Petrol.

Dengan komitment yang tinggi ini, sehingga membuat anak muda sesak nafas di pertengahan bulan. Sekiranya mengidam untuk memakai kereta, pakai dahulu kereta secondhand.

3. Kerja di tempat yang jauh dari halaman kampung.

Sebagai anak muda juga, jangan lepaskan peluang untuk mencari kerja jauh dari kampung halaman. Dengan pengalaman sebegini, anda dapat meluaskan sosial anda dan mengenali ramai orang. Situasi sebegini tidaklah anda menjadi terlalu takut terdedah dengan ramai orang, dan ia untuk membantu kemahiran komunikasi anda juga.

4. Banyakkan membaca.

Anak muda zaman sekarang, bukan sahaja malas menulis, bahkan malas membaca juga. Bahan bacaan zaman sekarang pula yang tidak mendatangkan faedah, malah tidak memberi motivasi kepada anak muda. Jangan biarkan diri membaca kisah-kisah negatif sahaja, tetapi anda sendiri yang perlu mulakan dengan mencari bahan bacaan yang positif.

5. Beli sebuah rumah kecil dahulu.

Sebab utama anda tidak digalakkan untuk membeli kereta berjenama dahulu adalah supaya anda mampu untuk membeli rumah yang kecil. Rumah yang kecil ini mampu untuk menjadi pelaburan jangka masa yang panjang tanpa anda ketahui.

6. Jangan memilih kerja terutamanya shift hour.

Dan yang paling penting adalah, pada usia mudalah jangan terlalu memilih kerja. Walaupun bukan waktu pejabat, pilih lah shift hour untuk menimba pengalaman. Sekurang-kurangnya setahun memadai. Takut tak dapat dating dengan kekasih? Jika ini anggapan anda ketika usia muda, jangan terkilan sekiranya anak-anak anda nanti akan bersikap sebegini juga.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen