8 Orang Toxic Yang Anda Perlu Hati-Hati.

 

Dalam satu kelompok, pasti ada individu yang tidak kita senangi. Kehadirannya seolah-olah racun atau toxic untuk sesuatu keadaan, pasti ada sahaja yang tidak kena. Malah, sekiranya berdekatan dengan individu yang toxic ini, aura mereka serta-merta menyerap dalam tubuh badan kita. Maka, kita pun terpengaruh dengan perbuatan mereka tersebut.

Individu yang toxic ini, bukan sahaja negatif malah gemar mengambil peluang untuk menjatuhkan diri anda sendiri. Individu ini seakan-akan mempunyai hasad dengki.

Hati-hati dengan 8 orang toxic ini sekiranya mereka berada disekeliling anda…

1. Mereka yang suka sebarkan aib orang lain.

Anda pasti anda hanya melakukan hal sendiri sahaja, secara tiba-tiba ramai orang menjauhkan diri daripada anda tanpa anda sedar. Situasi ini terjadi kerana adanya seseorang individu yang cuba menyebarkan aib anda pada orang ramai. Apa yang anda boleh lakukan, cuba untuk neutral-kan keadaan, atau pergi jauh daripada situ.

2. Mereka yang sentiasa mengkritik anda.

Individu yang suka mengkritik anda ini adalah seorang yang merasa insecure dengan keadaan anda. Walaupun kadang-kala anda merasakan, anda bukannya orang kaya, malah bukan orang yang bijak pandai sehingga menjadi graduan Universiti yang popular. Individu seperti ini, anda jangan beri respon apa-apa pun. Lama-kelamaan mereka akan tutup mulut sendiri.

3. Mereka yang sentiasa membuang masa anda.

Ada juga individu yang sukar menepati masa. Sentiasa lewat kemudian mempunyai banyak alasan. Ia bukan sahaja membuang masa anda, malah memberi impak yang buruk pada hubungan anda dengan insan lain seperti suami/isteri, kekasih dan juga keluarga.

4. Mereka yang sentiasa cemburu dengan kejayaan anda.

Individu ini amat cemburu dengan kejayaan anda sehingga mempunyai masa untuk menjatuhkan kejayaan anda. Hiudpnya tidak tenang melihat anda berjaya, kerana diri dia sendiri tidak mampu mengecapi kejayaan seperti anda.

5. Mereka yang suka menjadi mangsa keadaan.

Play the victim!

Individu ini amat suka menjadi mangsa keadaan, padahal diri dia sendiri yang cuba menganiaya orang tersebut. Taktiknya adalah menjadi talam dua muka, dan membuat muka simpati apabila pihak lain cuba untuk mengetahui keadaan sebenar. Individu ini, selagi anda menjauh selagi hebat mulutnya berkata-kata.

Namun, jangan risau jika anda yakin dengan takdir Allah SWT, Dia pasti akan tunjukkan siapa yang benar siapa pula yang salah.

6. Mereka yang sangat ignorant.

Individu ini pula sangat mementingkan diri sendiri sehingga membuat diri anda menjadi penat dan lelah mengharungi kehidupan. Sebagai contoh, dalam hubungan suami isteri, suami yang amat mementingkan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan emosi dan keperluan isteri. Seperti nafkah kewangan dan juga kasih sayang.

7. Mereka yang sering mahukan perhatian.

Attention Seeker!

Individu ini pula, mahukan perhatian sehingga menenggelamkan diri anda sampai tidak wujud dimata orang ramai. Ada yang kisah, ada juga yang tidak kisah, namun individu seperti ini sebenarnya dalam diam memburukkan nama anda.

8. Mereka yang kerap mengecewakan anda.

Semua point di atas adalah orang yang kerap mengecewakan anda sebenarnya. Sekiranya sudah pelbagai kaedah anda cuba menjernihkan keadaan, namun tiada kesan positif, jauhilah daripada orang sebegini.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen