Tak Sabar Nak Beli Kereta Idaman, Mari Sediakan 4 Perkara Ini Dahulu.

 

Apabila sudah genap setahun berkerja ataupun sudah 3 bulan berkerja, pasti aka nada yang mula cuba melihat kereta-kereta idaman. Mana tidaknya, mungkin kereta ini adalah salah satu perkara yang diperlukan bagi sesetengah orang.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa baru setahun jagung kerja sudah mahu membeli kereta. Ramai yangt tidak sedar bahawa kadang kala seseorang itu membeli kereta kerana, tidak mahu anak bini terkena hujan panas, mahu menghantar ibu bapa ulang alik ke hospital bahkan mungkin lebih mudah untuk pulang ke kampung.

Semuanya bergantung kepada sebab mengapa anda mahu beli sebuah kereta. Itu semua boleh tolak tepi dahulu, apa yang penting sebelum anda membelisebuah kereta baru, anda perlu lihat beberapa perkara ini dahulu. Barulah anda boleh teruskan niat untuk membeli kereta.

Untuk anak muda, pasti begitu teruji apabila melihat kereta Myvi baru yang sememangnya menepati citarasa dan gaya orang muda. Tetapi sebelum nak beli itu cuba sediakan 4 perkara ini dahulu.



1. Deposit

Ramai yang memilih untuk menggunakan skim tanpa deposit untuk beli kereta.

Lagi banyak deposit yang anda keluarkan, lagi banyak kadar faedah yang anda dapat jimat.

Contoh Tanpa Deposit:

Jumlah pinjaman : RM50,000
Jumlah dibayar balik : RM64,625
Perbezaan : RM14,625

Contoh Dengan Deposit:

Jumlah pinjaman : RM45,000
Jumlah dibayar balik : RM58,162
Perbezaan : RM13,162
Untung : RM1,500+

Dengan meletakkan deposit sebanyak RM5,000 atau 10% dari harga kereta, anda telah jimat sebanyak RM1,500.
Jumlah ini boleh digunakan sebagai kos memperbaharui insuran kereta anda.



2. Insuran Kereta dan Cukai Jalan

Apabila anda sudah dapat kunci, anda perlu bersedia untuk mengeluarkan duit sebanyak RM1,200+- pada tahun hadapan untuk insuran kereta dan cukai jalan.

Lebih mudah, anda buat simpanan sebanyak RM100 setiap bulan sama ada di Tabung Haji, ASB atau boleh bermain kutu.

Simpanan ini bagi memastikan anda tidak mengeluarkan kos sebanyak RM1,200 terus dari gaji anda.

3. Service & Maintenance

Walaupun kebanyakan kereta baru menawarkan servis percuma, anda masih tetap perlu mengeluarkan duit untuk barang-barang yang digunakan.

Jika anda gunakan kereta tersebut terlalu kerap, anda mungkin terpaksa pergi untuk servis sebanyak 3 kali dalam masa setahun.

Setiap kali servis memerlukan kos sebanyak RM170 - RM220. Ini bermakna anda perlu menyediakan duit sebanyak RM660 (RM220 x 3) untuk servis kereta anda.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira kos untuk mencantikkan kereta anda seperti kos mencuci dan menambah aksesori.



4. Petrol, Tol & Parking

Jika tinggal di Lembah Klang, anda tidak dapat lari dari tiga (3) kos serangkai ini iaitu petrol, tol dan parking.
Anda mungkin mampu untuk membayar ansuran bulanan pinjaman kepada pihak bank tetapi anda juga perlu bersedia untuk kos menjaga kereta tersebut.

Jika ansuran pinjaman anda adalah RM500 sebulan, anda sebenarnya perlukan tambahan lagi RM500 untuk kos-kos lain seperti diatas.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen