Tengah Bulan Dah Mula Pokai, Apa Puncanya?

 

Bila dapat gaji sahaja, pasti akan melonjak keringan tetapi apabila tengah bulan mula rasa bagaikan sempit dan sudah mula nyawa-nyawa ikan. Haihh, macam mana ini. Gaji bukannya tidak banyak, RM3000 setiap bulan tetapi tetap sahaja tidak tahu ke mana wangitu pergi.

Bila tengah bulan pun sudah sakit ini kan pula hujung bulan, lagi lah parah rasanya.



Pernah tak korang rasa dalam kehidupan korang, gaji yang korang dapat sentiasa tak cukup? Bila dah hujung bulan, duit gaji yang nampak banyak pada awalnya, tak tahu ke mana dan masih tak cukup untuk perbelanjaan korang? Cuba siasat tiga punca mudah ni dan analisis kewangan korang untuk tahu punca masalah korang ni!

1. Tak rekod perbelanjaan

Ni adalah punca utama kebiasaannya yang membuatkan pengurusan kewangan korang bocor! Memang seronok berbelanja ye bile dah ada duit dekat tangan, tapi bile dah hujung bulan, keseronokan bertukar menjadi tragedi korang menangis di bucu katil mengenangkan duit gaji yang entah ke mana.

Dengan adanya rekod perbelanjaan, korang akan tahu ke mana aliran tunai korang pergi dan tak akan ulang kesilapan yang sama! Tengok kat sini untuk app rekod perbelanjaan yang korang boleh guna secara percuma.

2. Berbelanja lebih dari kemampuan

Jiran beli TV besar, korang pun nak jugak beli. Kawan beli beg Coach, korang pun nak jugak. Payah la cam ni. Tak salah sebenarnye korang nak ‘enjoy’ untuk bagi ‘reward’ diri sendiri selepas dapat duit gaji, tapi janganlah sampai hari-hari nak bagi ganjaran kat diri sendiri.

Korang kena pandai bahagikan duit gaji korang kepada kategori-kategori yang tertentu. Kadang-kadang korang rasa leceh untuk fikir dan bahagikan kepada kategori kecil yang bermacam jenis ni. Tak payah nak sakit otak, cukup dua kategori ni je untuk korang bahagikan gaji bulanan korang tu:



i. PERBELANJAAN WAJIB

Korang ‘total’kan sekali apa perbelanjaan yang wajib korang bayar seperti ansuran rumah, kereta, makan minum serta sedikit bahagian untuk ‘reward’ diri sendiri.

ii. SIMPANAN KECEMASAN

Perkara ni WAJIB untuk korang buat, sebab malang tak berbau. Simpanan ini mungkin dipandang remeh sebab hanya perlukan bile waktu kecemasan tapi korang kena ingat, perkara buruk tak boleh dijangka. Berapa banyak yang kena simpan? Sis nasihatkan sekurang-kurangnya 10% dari gaji. Guna simpanan ini bile ada hal kecemasan. Tukar henpon baru setiap bulan, bukan hal kecemasan tau!

3. Kurang ilmu pengurusan kewangan

Walaupun agak ‘cliché’, tapi untuk pastikan korang dapat mengurus perbelanjaan dan gaji korang dengan baik, korang perlu belajar untuk menguruskan ilmu kewangan dengan baik. Sebagai contoh, hutang dan pinjaman selalu dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik, tapi jika korang mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik, pinjaman ini boleh memberi aset dan hasil pada masa yang akan datang! 

Admin harap, dengan kenal pasti tiga punca ni, korang akan lebih sukses dalam menguruskan gaji korang dan cuba baiki diri korang ke arah yang lebih baik.

Semoga berjaya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen