Bankrap Sebab Jadi Penjamin Adik-Beradik? Ini Kesannya Yang Anda Perlu Tahu.

 

Menjadi penjamin atau guarantor ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan sahabat baik dan juga ahli keluarga dalam membeli asset mahupun liabiliti. Atas belas ihsan, pasti kita mahu melihat orang disekeliling kita juga dapat mencapai kegembiraan yang mereka dambakan.

Namun, di atas kegembiraan tersebut lama-kelamaan dijadikan sebagai mengambil kesempatan dikala kesempitan.

Hutang ditambah dengan hutang, kemudian tanpa disedari diisytiharkan sebagai black list kemudian bankrap. Memang mimpi ngeri bagi setiap penjamin.

Apa yang jadi kalau anda diisytihar bankrap?

Antaranya :

1. Anda berada dalam pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi.

Lepas kena isytihar bankrap, anda akan berada bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua aset individu korang dan mengendalikan semuanya untuk membayar hutang. Bermakna, semua aset individu orang akan diletakkan bawah penguasaan dan pengendalian KPI.

2. Anda tak bebas bergerak sesuka hati.

Anda yang diisytihar bankrap, tidak dibenarkan untuk ke luar negara tanpa kebenaran bertulis daripada KPI, atau sebelum dapat perintah mahkhamah yang membenarkan anda ke luar negara.

3. Kebolehan berbelanja dan buat loan terhad.

Akaun bank yang ada akan dinyahaktifkan (deactivate) dan anda juga dilarang membuat pengeluaran wang lebih daripada akaun bank sedia ada. Selain tu, anda juga tidak dibenarkan untuk berbelanja lebih daripada RM1,000 menggunakan kad kredit, atau dapatkan kredit lebih daripada RM1,000 dari mana-mana pemiutang (bank).

4. Macam mana pula dengan segala aset anda?

Semua aset milik individu yang diisytihar bankrap akan dikendalikan oleh KPI seperti yang dijelaskan dalam point nombor 1. Sebagai contoh, rumah dan kereta milik anda itu akan diambil dan diuruskan oleh KPI, dan digunakan untuk membayar hutang.

5. Sekatan untuk bekerja dalam bidang professional.

Anda tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu, yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa.

Antara contoh perkerjaan seperti :

  • Peguam.
  • Juru Ukur.
  • Akauntan.
  • Doktor, dan lain-lain.

Tambahan lagi, anda jugak tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Malah, orang yang diisytihar bankrap tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan.

Jika situasi ini yang terjadi pada diri anda, bermuhasabah diri dan jangan bermusuh dengan adik-beradik. Jangan sampai mahu memutuskan hubungan silaturrahim. Jagalah nama adik-beradik, dan juga kedua ibu bapa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,428 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen