Petua Pilih Calon Suami.

 

Mencari calon suami? Nak berkahwin bukan perkara main-main. Semak senarai ini sebelum katakan ‘ya’ kepada lamaran buah hati agar kamu tidak tersilap memilih teman hidup.



1. Calon mithali.

Tanya soalan ini kepada diri sendiri: Adakah si dia seorang yang bertanggungjawab? Mampu menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kamu kelak? Kamu dapat lihat kalian masih kekal bahagia selepas 20 tahun hidup bersama? Jika semua jawapannya ya, sambar dia cepat-cepat.

2. Sentiasa menghormati kamu.

Jika sesetengah lelaki suka jadikan kekasih sebagai bahan jenaka bila bersama teman-temannya, si dia pula sentiasa memberi layanan istimewa kepadamu tak kira sama ada ketika berduaan mahupun di depan orang ramai. Dia langsung tidak pernah merendah-rendahkan dirimu sama ada hanya untuk suka-suka mahupun secara serius kerana tahu sikap saling menghormati sangat penting dalam perhubungan yang bahagia dan perlu diterapkan dalam kehidupan berumah tangga kelak.



3. Terima kamu seadanya.

Jika si dia mempunyai senarai apa yang patut kamu pakai, apa yang perlu kamu buat, atau apa yang tak patut kamu ucapkan, nampaknya memang tak patut kamu terima lamaran daripada buah hati kamu itu. Kamu bukannya robot atau mesin yang perlu mendengar arahan daripada orang lain, kamu juga manusia yang mahukan kebebasan bersuara dan melakukan apa yang disukai.

4. Percayakanmu 100%

Sesetengah lelaki sanggup godam e-mel buah hati setiap hari. Si dia? Tak pernah sesekali ‘mencuit’ telefon bimbitmu. Bukan bermakna tak cemburu, namun si dia tak mahu buang masa dengan berburuk sangka atau meragui kesetiaanmu. Inilah ciri-ciri yang paling dicari dalam diri seorang calon suami!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 527,994 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen