Perlukah Anak Mengambil Suplemen Penambah Selera Makan? Ikuti Penjelasan Dari Dr Zubaidi Ini.

 

Sebut sahaja tentang suplemen, apa yang kita terbayang adalah vitamin-vitamin untuk orang yang sudah dewasa. Individu yang sedang meningkat usia dewasa pada usia tertentu-tentu kadang-kala memerlukan suplemen sebagai anti-bodi kerana ada yang kekurangan seperti collagen dalam tubuh badan.

Ini kerana semakin dewasa, semakin banyak melakukan kerja ada sahaja penyakit yang datang menyerang seperti darah tinggi, migraine dan sebagainya.

Lain pula hal dengan anak-anak kecil. Ada sahaja ibu bapa memberikan vitamin pada anak-anak sebagai penambah selera makan, seperti vitamin c dan sebagainya. Adakah sebenarnya anak-anak kecil ini perlukan suplemen tersebut?

Lihat penjelasan dari Dr Zubaidi ini…

********

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor

Kita kerap diberitahu melalui iklan di TV dan akhbar, anak-anak yang tidak ada selera makan digalakkan untuk mengambil suplemen penambah selera makan, selalunya dalam bentuk (cecair) vitamin.

Sebenarnya suplemen penambah selera makan mengandung vitamin dan mineral tertentu, namun fungsi utama bukan sebagai penambah selera makan. Ia memberikan nutrien yang kurang akibat masalah tiada selera makan.

Anak yang susah makan dibimbangi akan mengalami kekurangan zat-zat makanan atau nutrien tertentu. Oleh itu elok ditambahkan berbagai vitamin dan zat makanan (dalam bentuk suplemen vitamin dan mineral) lainnya untuk mencukupi keperluan nutrisinya.

Bila diberikan suplemen itu?

Anak-anak yang sedang sakit, atau baru sembuh dari sakit, selalunya selera makannya menurun. Tapi, itu adalah normal. Ia mungkin tidak menjejaskan tahap nutrien dalam tibuh mereka. Setelah ia pulih, nafsu makannya akan kembali normal.

Image result for suplemen penambah selera makan kanak-kanak
Kredit: HonestDocs

Tetapi dalam kes tertentu, misalnya anak yang mengalami penyakit kronik seperti masalah pernafasan atau saluran pencernaan, jangan dibiarkan terus-menerus tidak berselera makan. Anak kita mungkin akan mengalami kekurangan zat nutrisi yg kronik.

Jadi tidak perlu sehingga sembuh.

Boleh berikan suplemen yang mengandungi vitamin dan nutrisi lain untuk membantu menambah selera makan dan mencukupkan keperluan nutrisinya. Ini akan membantu memperkuatkan daya tahan tubuhnya melawan penyakit yang sedang dialaminya.

Apa yang lebih penting ialah pemberian makanan yang bernutrisi ketika anak sedang sakit atau ketika sedang sihat. Jauhkan makanan yang tidak sihat. Begitu juga untuk orang dewasa.

********

Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat daripada doktor dahulu jika ingin memberikan anak-anak vitamin atau suplemen penambah selera makan ini kerana khuatir kandungan vitamin tersebut akan memudaratkan kesihatan anak pula.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen