"Mula-Mula Hanya Bertepuk Tampar Dan Bergurau Senda, Akhirnya Terjerumus Ke Lembah Dosa" Sentiasa Jaga Pergaulan Walaupun Sudah Berkahwin.

 

Apabila bercakap mengenai perkahwinan ini, pasti ramai yang tahu bahawa alam perkahwinan itu tidak mudah. Jika sebelum anda menghalalkan pasangan sudah mendapat pelbagai ujian dan halangan, tidak mustahil apabila sudah menjadi yang halal anda masih lagi perlu berdepan dengan ujian. Namun sebagai seorang Muslim, kita seharusnya lebih cepat sedar akan semua tipu daya syaitan ini.

Sebab itulah apabila sudah berkahwin atau belum berkahwin ini, sentiasalah berjaga-jaga dengan tingkah laku kita ketika berkerja atau berkawan dengan mereka yang tidak sama jantina ini. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli mengenai penjagaan ikhtilat walaupun sebelum serta selepas berkahwin.

Mari baca perkongsiannya, semoga ia bermanfaat untuk anda.



Jauhilah ikhtilat, hatta selepas kita berkahwin. Ingat, syaitan itu mempunyai beribu tipu daya untuk menyesatkan kita.

Jika syaitan gagal menjebakkan kita berzina sebelum bernikah, jangan ingat syaitan tidak menggoda kita untuk berzina walau kita sudah bersuami atau beristeri.

Saban masa membaca berita dan mendengar di radio soalan berkaitan cerita suami orang dan isteri orang ada hubungan sulit, ada hingga berzina. Nauzubillah min zaliq.

Mula-mula hanya suka-suka, bergurau senda, melawak lucah, bertepuk bertampar, akhirnya terjerumus ke lembah dosa. Inilah jalan-jalan kecil yang akhirnya melorongkan manusia ke lembah zina.

Syaitan pun memainkan peranannya. Pasangan kita di'nampak'kan hodoh, serba kekurangan, busuk, tidak memahami, tidak romantik. Sedangkan bukan mahram di'perlihat'kan sebagai cantik, wangi, mempersona, memahami, romantik.

Nafsu akan teruji.

Namun, orang beriman yang berpegang teguh di jalan Allah insyaAllah akan mendapat hidayah dan perlindungan Allah. Itulah dia dengan menjauhi jalan-jalan menuju zina sejak dari awal.

Jagalah ikhtilat.

Bahkan setelah berkahwin, tindak tanduk kita sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasangan. Jagalah air muka pasangan kita yang baik itu.

Sentiasa perbetulkan niat kita tentang perkahwinan. Sentiasa ingatkan diri kita, pasangan kita ladang pahala kita. Berbuat baik kepadanya adalah jalan kita menuju syurga. Niatkan dalam hati, kita mahu beristeri dan bersuamikan mereka hingga dalam singgahsana syurga.

Rugi jika berkahwin tetapi tiada niat nak masuk ke dalam syurga sama-sama.

Jangan terpedaya dengan fatamorgana duniawi. Dunia ini cuma tipu daya dan ujian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen