"Keberkatan Dalam Rezeki Bantu Rasa Cukup Walaupun Hanya Suami Sahaja Yang Mencari Nafkah."

 

Sekarang ini kita oleh lihat, rata-rata wanita yang sudah bergelar isteri akan saling berkerjasama dengan suaminya bertungkus lumus memberi kesenangan hidup kepada anak-anak mereka. Mana tidaknya, dengan keadaan ekonomi yang agak menakutkan ini, rata-rata pasangan suami isteri ini merasakan bahawa kedua-duanya perlu berkerja untuk meraih pendapatan lebih.

Bila bercakap mengenai kewangan keluarga ini pasti tidak akan pernah habisnya. Namun kadang kala kita lupa bahawa keberkatan rezeki itu akan membuat kita rasa cukup dan mencukupi untuk segalanya. Mari kita lihat pandangan saudara Khairy Tajudin ini yang mungkin memberi manfaat kepada anda.



1. Jika keluarga perempuan mahukan menantu lelakinya mempunyai pendapatan yang stabil, maka itu adalah sesuatu yang munasabah. Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya hidup susah dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai kerjaya. Namun, jika keluarga lelaki yang memilih menantu perempuan yang berkerjaya, apakah rasionalnya?

2. Inilah soalan yang saya pernah ajukan di dinding Facebook saya semalam dan mendapat pelbagai jawapan. Jawapan yang paling banyak diterima - supaya isteri dapat bantu suami mencari rezeki untuk kestabilan ekonomi rumah tangga.

3. Sekali baca, nampak macam rasional. Tapi, jika dilihat dari sudut pandang agama - mencari rezeki adalah tanggungjawab suami. Tiada tuntutan kepada si isteri untuk sama-sama bekerja. Tapi, jika si isteri mahu membantu, maka itu tidak menjadi halangan, jika si suami mengizinkan.

4. Kita lihat pula dari sudut keberkatan rezeki. Jika ditambah gaji suami dengan gaji isteri, memang pada zahirnya nampak macam pendapatan seisi rumah itu bertambah berbanding jika suami sahaja yang bekerja. Namun, mungkin ada juga orang lain yang berpengalaman macam lain - kerja seorang, rezeki banyak tu. Kerja dua orang, rezeki banyak tu jugak.

5. Rezeki berhubung kait dengan keberkatan. Keberkatan berhubung kait dengan amalan. Jangan pandang rendah kepada wanita yang tak bekerja. Walaupun mereka sekadar menjadi suri rumah, tetapi khidmat yang mereka beri untuk suami dan anak-anak itulah sebenarnya yang mendatangkan keberkatan kepada pendapatan suami. Ramai orang terlepas pandang hal ini.

6. Sebagai suri rumah, jika mahu membantu suami mencari nafkah, sebenarnya sangatlah mudah. Tak perlu keluar rumah pun boleh menjana pendapatan sampingan dari rumah - bahkan kadangkala lebih lumayan berbanding orang yang bekerja makan gaji. Sekarang ini pun, dah ramai orang yang asalnya bekerja makan gaji, sanggup berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan sama ada jenis 'online' atau 'offline', MLM, dropship atau affiliate yang lebih lumayan baginya. Yang penting, bijak dan kreatif mencari rezeki. Jadi, jika orang yang bekerja pun berhenti kerja untuk buat kerja yang boleh dibuat dari rumah, mengapa perlu gesa suri rumah keluar rumah mencari kerja untuk bantu suami?

7. Walaubagaimanapun, saya tak menghalang wanita nak bekerja. Kalau nak kerja, kerjalah - selagi boleh jaga syariat. Pilihan di tangan masing-masing. Cuma, saya tak setuju meletakkan syarat bakal menantu perempuan mesti bekerja.

Khairy Tajudin
Dia Atur, Kita Akur


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen