Wanita Perlu Tahu Apa Hukum Memakai Gelang Kaki Berloceng & Kasut Tumit Tinggi.

 

Wanita sememangnya suka berhias, sentiasa mahu kelihatan cantik serta sukakan kecantikan. Namun begitu, sebagai wanita Muslim, berhias dan melawa perlulah ada batasnya. Mana tidaknya, tidak semua yang kita suka lakukan dan buat itu elok di sisi agama Islam.

Rata-rata wanita juga sukakan perhiasan, tidak kiralah perhiasan diri mahupun rumah, kedua-duanya mereka sukakannya. Tapi dalam setiap kali mengenakan perhiasan itu perlulah ada hadnya. Tidak boleh terlalu menonjol atau berlebihan. Sebagai contoh penggunaan gelang kaki yang berbunyi sebagai perhiasan.

Ramai yang tahu akan perkara ini tetapi tidak begitu jelas. Jadi Ustaz Farid Rashidi, cuba mengulas dan menerangkan akan hukum penggunaan gelang kaki ini dengan lebih jelas lagi.



Selalu perasan juga ada sesetengah perempuan, dia punya berjalan style bunyi tapak kuda.

Ketukk! Ketukk! ketuuk! Bunyinya. Ishh, bukan bunyi ketuk pintu, bunyi tapak kudalah.

Sudahlah berjalan kaki menghentak begitu, pakai pula gelang kaki loceng.

Ketukk! Kecing!! Ketukk! Kecingg! Berirama macam Bollywood dah jadinya.

Haa, ini semua pun ada hukumnya tau. Sebab perbuatan ini menyerupai kaum wanita zaman Jahiliyyah dahulukala.

Mereka pakai gelang berloceng, kemudian berjalan sambil menghentakkan kaki bagi menarik perhatian kaum lelaki. Apa lagi, terlopong menitik air liur habis lelaki memandangnya.



Apa Hukum Memakai Gelang Kaki Berloceng?

Menurut para ulama’, hukum memakai gelang kaki bagi wanita menurut Islam adalah diperbolehkan, yakni HARUS tetapi hendaklah menjaga batasannya.

Manakala memakai hukum gelang kaki berloceng pula adalah HARAM jika dipakai untuk dipersembahkan ke khalayak (lelaki).

Adapun pakai gelang loceng untuk suami, tak ada masalah. Pakailah. Nak pakej sekali tarian Hindustan pun tak ada masalah kalau depan suami berdua. Dapat pahala ye memperhiaskan diri untuk suami.

Dalilnya, firman Allah SWT menyebutkan:


وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ
“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
[Surah an-Nur: 31]


Dalam tafsir at-Tobari تفسير الطبري membawakan riwayat dari al-Mu’tamir, dari ayahnya bahawa Hadzrami mengatakan:
Ada seorang wanita yang membuat gelang kaki dari perak dan diberi gemercing. Ketika melewati sekelompok lelaki, dia menggerakkan kakinya dan terbitlah suara gemercing. Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.
[Tafsir at-Tobari, 19 : 164]

Hukum Memakai Kasut Tumit Tinggi Dan Menghentakkan Kaki?

Memakai kasut tumit tinggi tidaklah haram. Yang HARAM memakai kasut yang berbunyi atau sengaja menghentakkan kaki hingga menarik perhatian lelaki, menimbulkan fitnah dan akhirnya membuka pintu perzinaan.

Namun begitu kebiasaannya yang bertumit tinggi inilah selalu menghasilkan bunyi. Jadi kalau nak pakai, kenalah hati-hati. Adjust sikit ekzos kasut bagi tak bunyi ya.

Ini kesan memakai kasut bertumit tinggi menurut pakar:

1. Menurut Prof. Madya Dr. John Marymont, Pakar Pembedahan Ortopedik, Kolej Perubatan Baylor, Houston:


“Seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50%, manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki. Masalah lebih menyakitkan ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan perlu dilakukan.”


2. Menurut Mr. Edmund Lee, Pengarah Urusan MyOrtho & Pakar Orthotik dan Prostetik:


“Kulit pada bahagian kaki menerima tekanan akan mengeras termasuklah bahagian tapak kaki, di bawah jari dan bahagian tepi hujung kaki.”


3. Menurut Dr. Asmah Yun Mat Sidek, Pakar Perbidanan & Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI):


“Wanita yang mengandung perlu elak dari memakai kasut tumit tinggi lebih daripada 1.5 inci kerana pusat graviti akan beralih ketika mengandung, manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan tambahan disebabkan oleh berat bayi yang dikandung.”


Kalau nak pakai juga yang bertumit tinggi, kena cari yang tebal, bukan runcing tajam. Mungkin bentuk tumit seperti wedges. Tumit tingginya kurang dari 4cm. Tapaknya yang lembut. Dan pakai sekali-sekala saja.

Hah, nanti ada pula yang cakap “Alah lelaki ni… tutuplah mata. Tak payah tengok. Gila S*** betul!”

Bukan begitu Sis, Cik Kak. Islam melarang sesuatu ada sebab musababnya. Mudah fahamnya, sebagai pencegahan awal sebelum melarat. Kan lebih senang mencegah daripada mengubati bila dah sakitkan?

Ingat ya, Allah itu Tuhan kita. Allah SWT Maha Tahu isi hati dan perangai kaum lelaki dan wanita, sebab itu DIA suruh cegah. Adanya larangan. Kita ini jangan buat-buat bijak sangat nak melawan hukum Tuhan, tak ke mana perginya.

Wallahu a’lam. Alhamdulillah selesai.

Tolong ya sama-sama sebarkan, khususnya buat bacaan dan pesanan kepada kaum wanita from venus.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen