Lelaki Ini Kongsikan 10 Kesilapan Dalam Kewangan Yang Biasa Dilakukan Oleh Anak Muda Zaman Sekarang.

 

Apabila tiada kesedaran dalam bidang ekonomi terutamanya dalam perancangan kewangan sendiri, tidak mustahil anak muda mudah menjadi bankrap sebelum usia 40’an lagi. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan sehingga kebocoran wang setiap bulan seperti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

Anak Muda Elakkan Buat Kesilapan Ini.

1. Bila dah kerja. Tak bina tabung kecemasan dulu. Tabung kecemasan ni wajib ada 3-6 bulan gaji kalau kita kerja makan gaji. Dengan ekonomi sekarang, jangan rasa kita secure sangat kat tempat kerja tu.

2. Bila dah habis belajar, gaji dah ada beli pulak kereta import yang tak padan dengan gaji. Gaji RM2000 rilek je beli Honda City. Kepuasan dan meningkatkan taraf hidup katanya.

3. Buat kad kredit. Melting sikit awek tengok bila keluar dating main swipe kad kredit ni. Ada tunggakan mula la nak pinjam kawan.

4. Hidup pulak mesti di upgrade. Beli iPhone. Baju mesti beli kat butik je. Mana nak layan dah baju kat Tesco ke Mydin.

5. Tiap bulan tak mampu bayar komitmen dah. Bil telefon melambung mahal. Pinjam wang sana sini. Gali lubang tutup lubang.

6. Buat pula pinjaman peribadi. Pinjaman RM30K. Rasa bijak sikit letak lebihan dalam ASB. Yang lain semua buat belanja.

7. Nak kahwin buat lagi pinjaman peribadi. Rilek je buat RM30K. Baju pengantin 5 pasang. Kek kahwin kalau boleh nak 5 tingkat. Kawan datang pun takde dah keluar pergi photoshoot.

Pergi travel sana sini nak tambah pengalaman hidup yang baru. Ilmu tentang urus kewangan malas nak baca.

9. Pinjaman PTPTN tak bayar. Kena senarai hitam. Akhirnya tak dapat buat pinjaman perumahan.

10. Melabur, perlindungan takaful pun kata rugi. Orang lain bila gaji naik dia melabur, buat takaful. Kau gaji naik pergi tukar kereta.

***

Lepas kahwin, tunggakan hutang sana sini. Bil bil tak mampu bayar. Kereta kena tarik. Lalu diisytiharkan muflis.

Rentetan ni dah serupa satu jalan cerita untuk anak muda. 4-5 orang cerita ke aku macam jalan cerita sama je. Semuanya lepasan universiti. Semua bijak pandai dalam ilmu pengetahuan. Tapi ilmu pengurusan kewangan? Hancusssss.

Semua akan lalui jalan yang sama bila dah grad nanti kalau tak ada kesedaran awal. Di mana silapnya? Ada orang nasihatkan kau dulu? Ke orang nasihat kau tak mahu dengar? Akhirnya terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan berduri.

Itu tak kira lepasan universiti yang terkena skim cepat kaya, MLM lagi tu. Berlambak kena. Kesan dia bukan nampak sekarang, tapi akan nampak bila kau dah masuk umur 35 tahun ke atas.

Yang dah lepas tu lepaslah. Biarkan berlalu. Kita dah lalui jalan yang sukar. Jadi kita kena ingatkan generasi yang akan datang supaya jangan buat kesilapan sama. Kah!

[ASY]

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen