Enak Apabila Dibuat Jus, Ini Khasiat Buah Avocado Yang Perlu Anda Tahu.

 

Buah berbentuk lonjong berwarna hijau yang dikenali sebagai avocado ini mengandungi khasiat pemakanan yang cukup luar biasa. Kalau dilihat dari luar mungkin ia kurang menyelerakan tetapi ia sedap untuk dimakan begitu sahaja, atau dibuat jus. Avocado sebenarnya mempunyai rasa lemak dengan isinya yang halus.

Buah avocado ataupun di Malaysia dikenali sebagai buah alpukat, mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan umum pada semua orang.

Bukan sahaja digunakan untuk kesihatan malah untuk kecantikkan juga. Biasanya buah ini dimakan beserta dengan salad. Disebabkan oleh budaya pemakanan buah ini jarang diamalkan oleh rakyat setempat, kita sebenarnya agak rugi.



Ramai yang tidak tahu khasiat sebenar buah avocado ini, sedangkan ia baik untuk untuk kesihatan malah bagus dignunakan dalam diet seharian. Berikut adalah 6 khasiat avocado yang telah dikongsikan oleh Dr. Azima.

Seperti saya, saya lebih gemarkan makan begitu saja. Khasiat yang diperolehi lebih berganda daripada makan dengan salad dan sebagainya. Kadang-kadang saya jadikan jus sebagai minuman hujung minggu.

Selain itu, khasiat avocado yang ingin saya kongsikan hari ini sudah ramai orang amalkan, pada mereka yang baru pertama kali tahu mengenai khasiat buah avocado ini boleh lah cuba nanti dan berkongsi dengan yang tersayang.



6 KHASIAT BUAH AVOCADO:-

1. Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3. Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.



4. Menyembuhkan nafas berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5. Mengekalkan kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E

6. Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Mudah saja kan untuk sihat?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen