Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Majlis Perkahwinan Sekiranya Mahu Rumah Tangga Diredhai Allah SWT.

 

Ketika ini tular video perkahwinan selebriti yang terdapat adegan tarian separa bogel. Bukan itu sahaja, jika sebelum ini hanya ada malam berinai, tetapi pada masa kini terdapat banyak pula parti yang tidak masuk dek akal dan tidak sesuai dengan adat ketimuran kita.

Sebagai muslim, kita perlu mengetahui bahawa perkahwinan itu adalah sunnah yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul, yang terkandung banyak hikmah dan ganjaran pahala. Jadi, kita berkahwin untuk berebut ganjaran pahala ataupun tidak?

Untuk berebut pahala dan mengecapi barakah dalam rumah tangga, elakkan 6 perkara ini ketika majlis perkahwinan…

1. Tidak Terikut Seperti Upacara Perkahwinan Agama Lain.

Mudah sahaja mahukan perkahwinan yang barakah, jauhi sahaja perkara-perkara yang terlarang seperti terikut upacara perkahwinan agama lain. Cuba untuk elak mencampur adukkan budaya dan agama yang bertentangan dengan Islam. Sambutlah dengan sederhana dan meriah.

Bersandinglah dengan disaksikan oleh saudara mara dan juga mahramnya dan elak upcara tepung tawar.

2. Tidak Perbualan Bebas Antara Lelaki Dan Perempuan.

Situasi ini juga seperti menjadi sudah kebiasaan, memang agak sukar sekiranya untuk mengasingkan tempat makan lelaki dan perempuan. Akan tetapi, cukuplah ketika akad nikah di masjid tiada perbualan bebas antara lelaki dan perempuan.

Hormat masjid sebagai rumah Allah. Meriah dengan menyambut pengantin sahaja, namun berpada-pada ketika dalam keseronokan sehingga berlakunya pergeseran tubuh antara kalian semua.

3. Tidak Bermegah-Megah Dan Bertujuan Membangga Diri.

Sambut perkahwinan anda dengan sederhana tetapi meriah. Tidak perlu bermegah-megah dengan perkahwinan yang gah sehingga membangga diri. Oleh kerana itu, ramai sahaja dikalangan mereka yang sudah berkahwin tidak sabar untuk muatnaik gambar di facebook mahupun Instagram. Cukup sekadar gambar untuk memberitahu umum anda sudah berkahwin.

Selebihnya seperti gambar-gambar romantik yang boleh mencetus cemburu individu bujang tidak perlu. Memang tidak perlu dan tidak wajib pun.

Menurut Imam al-Ghazali;

“Seseorang Yang Bermegah-Megah Sebenarnya Telah Melakukan Syirik Khafi Terhadap Allah Dan Tidak Akan Masuk Ke Dalam Syurga.”

4. Elakkan Pembaziran.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raaf:31)

Pembaziran yang banyak berlaku adalah memberi kad undangan dengan goodies bag. 2 barang ini sebenarnya hanya di tong sampah juga akhirnya.

5. Membuka Aurat Dan Berlebihan Dalam Berhias.

Hal yang sudah menjadi kebiasaan adalah pengantin perempuan yang tidak menjaga auratnya. Daripada disolek oleh ‘Pak Andam’ sehingga lah dengan persalinan baju pengantin yang terlalu ketat sehingga terlihat tubuh yang ramping, malah tudung juga singkat.

Solekan pun sehingga mencabut bulu kening dan memakai bulu mata palsu. Kemudian dengan inai yang diukir seperti agama lain pun sudah menjadi trend. Elakkan perkara sebegini.

6. Sesi Nyanyian Dan Muzik.

Muzik adalah salah satu cara untuk memeriahkan majlis perkahwinan, akan tetapi jangan dihidang dengan muzik yang bising dan melalaikan semua orang. Cukup sahaja dengan alunan nasyid untuk sebagai peringatan pada umat muslim.

Jika majlis perkahwinan sahaja tidak berkat, bila-bila masa Allah akan tarik nikmat dalam rumah tangga pula. Hati-hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen