Kenapa Isteri Perlu Berpenampilan Cantik Walaupun Hanya Di Dalam Rumah Sahaja? Jom Baca!

 

Ramai dikalangan suami mengeluh apabila melihat isteri sendiri sudah tidak berpakaian kemas dan cantik setelah kahwin. Penampilan diri isteri tidak lagi dijaga kerana terlalu banyak perkara untuk fokus seperti mengurus rumah tangga dan menjaga anak-anak.

Namun, alasan sebenarnya bukan malas, akan tetapi tiada masa untuk menjadi ‘cantik’ di dalam rumah. Dan hanya beranggapan, “Alaaa, dalam rumah je, buat apa nak pakai cantik-cantik…”

Buang tanggapan sebegini, sekiranya ia menjadi halangan untuk anda berpenampilan cantik kerana anda memiliki suami dan anak-anak yang sentiasa memerhati. Sebagai wanita, perlu sentiasa menjaga penampilan walaupun berada di rumah kerana…

1. Sejuk suami memandang.

Sudah menjadi lumrah, lelaki suka pada kecantikan.

Pandangan ‘cantik’ atau ‘kacak’ daripada wanita dan lelaki adalah berbeza. Di rumah, suami pakai seluar pendek dengan baju pagoda pun, isteri tidak kisah. Baginya penampilan suami sudah memadai asalkan rajin kemas rumah. Akan tetapi pandangan lelaki berbeza dimana mahukan isterinya berpenampilan kemas.

Sekurang-kurangnya tidaklah memakai baju atau seluar terkoyak, rambut perlu disikat, memakai wangi-wangian dan sebagainya. Namun, semuanya terpulang pada setiap suami. Semua lain citarasa mahukan isteri bagaimana apabila di dalam rumah.

2. Memberi kedamaian kepada rumah.

Apabila sejuk mata suami memandang isteri yang berpenampilan cantik dan kemas, secara tidak langsung keadaan rumah menjadi harmoni. Suami tak jadi nak marah-marah, kerana sekurang-kurangnya isteri tahu menjaga pandangan matanya. Ini juga adalah salah satu cara untuk menjadi Qurratu ‘Ain suami.

BACA: Mudah Sahaja Mahu Menjadi Isteri Yang Solehah, Yang Penting Jadi Qurratu ‘Ain Suami.

Rumah yang harmoni dan damai ini adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Jadilah ketenangan hati antara satu sama lain.

3. Memberi ketenangan dan pengaruh pada anak-anak juga.

Di samping itu, dengan memakai baju yang kemas dan cantik ia akan memberi ketenangan pada anak-anak juga. Oleh sebab itu, dalam menjaga hubungan kekeluargaan ibu bapa sepatutnya menjadi contoh yang baik untuk anak-anak. Dan berpakaian cantik adalah salah satu cara untuk memberi pengaruh yang baik untuk anak-anak.

Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan orang yang paling mereka rapat. Jadi, hati-hati dengan pemakaian anda di rumah ya wahai ibu, kerana anak-anak ini sangat jujur dalam perbualan. Khuatir nanti apa yang dilihat, akan dikongsi cerita pada orang lain.

4. Untuk membina keyakinan pada diri.

Berpakaian cantik ini bukan sahaja untuk suami, anak-anak dan kedamaian rumah, ia juga untuk keyakinan diri seorang wanita. Sekiranya anda adalah seorang yang bekerjaya, anda tidak berasa kekok untuk berpakaian kemas dan cantik sepanjang masa.

Tidaklah suami merungut nanti, pergi keluar rumah cantik je, tapi dalam rumah tak jaga. Begitulah.

Jika anda selalu merungut kenapa suami tidak lagi romantik, cek dulu penampilan anda. Sekiranya anda cantik dan kemas sentiasa, tidak mustahil lah setiap hari suami akan mengorat.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen