“Isteri Ambil Telefon Bimbit Suami Serta Merta Dan Keluarkan Suami Dari Group Whatsapp” Ketahui 5 Sebab Ini.

 

Pada masa kini, penggunaan whatsapp sangat meluas dan memudahkan antara kita untuk berkomunikasi tidak kira masa. Bukan sahaja dengan mengirim text atau mesej, boleh juga untuk video call, voice call, mengirim audio sekiranya tidak mahu voice call dan juga gambar yang berkualiti tinggi.

Gambar yang berkualiti tinggi ini termasuklah dengan sticker yang kita boleh ubahsuai, gambar bergerak dan sebagainya.

Namun, semua kemudahan ini telah dicemari dengan kata-kata atau gambar yang negatif. Situasi ini bukan sahaja memberi impak pada diri sendiri, orang disekeliling juga akan terkesan termasuklah isteri dan anak-anak.

Kadang-kadang isteri atau anak-anak akan terbaca seperti…

1. Terkandung gambar lucah.

Kebanyakan group whatsapp pasti akan mengandungi gambar-gambar lucah. Sama ada daripada group tempat kerja, ataupun daripada group zaman sekolah dahulu. Apabila umur sudah meningkat tua, isteri ingat para suami semua sudah matang, tetapi masih kebudak-budakan dengan menghantar gambar perempuan separuh bogel dan dijadikan bahan lawak.

Gambar-gambar ini pasti akan automatic download terus ke galeri gambar. Jika anak-anak bermain dengan telefon bimbit, pasti akan terlihat gambar-gambar tersebut.

Jika situasi ini yang terjadi, tidak hairan sekiranya ramai para isteri makan hati melihat suami hanya gembira melayan group whatsapp sahaja.

2. Kata-kata kesat, mencarut dan lucah.

Bukan sahaja penuh dengan gambar dan video lucah, kata-kata daripada group tersebut bukan main hebatnya seperti orang muda. Tidak hairan sekiranya perbualan dengan anak atau isteri juga sering terbabas dengan kata-kata kesat dan lucah. Apabila setiap hari sering mengirim text dengan kata-kata sebegini, secara tidak langsung ia akan sentiasa tersemat di minda.

Begitu mudahnya pengaruh rakan di group whatsapp sehingga memberi kesan pada perbualan isteri mahupun anak-anak.

3. Mengimbau kenangan bersama bekas kekasih.

Selain daripada itu, cerita tentang bekas kekasih yang tiada kesudahannya. Terutamanya pada group bekas sekolah dahulu. Tidak kisah untuk mengimbau kenangan pada zaman dahulu, akan tetapi berpada-padalah. Bukannya setiap insan yang anda kenali berakhir ke jinjang pelamin pun. Masing-masing sudah ada suami dan isteri tersendiri.

“Ingat tak dulu kita dating kat belakang tandas…”

Aduh. Isteri kalau terbaca macam-macam akan diungkit. Hati-hati!

4. Rakan mengajak melabur duit, tetapi akhirnya tiada hasil.

Ini juga sudah menjadi masalah yang biasa dalam rumah tangga.

“Kawan abang ajak melabur ni, mudah je, transfer je duit kat dia, tak payah pegi mana-mana, nanti duit masuk..”

Usia sudah meningkat, masih terjebak dengan MLM. Mungkin kerana sudah pencen dan tiada kerja yang mahu dibuat, akhirnya terpengaruh dengan rakan sebaya untuk melabur sehingga tidak nampak hasilpun. Mana isteri tu tak marah!

5. Sentiasa mengajak lepak sehingga lupa tanggung jawab di rumah.

Dan antara sebab isteri selalu marah-marah pada suami jangan layan group whatsapp ialah berbual sehingga lupa isteri dan anak-anak dirumah. Kadang-kala diajak lepak pergi kemana-mana sehingga tidak tahu arah tujuan. Bila isteri suruh balik, waktu malam baru muncul depan pintu.

Ingat, berpada-pada dalam berurusan dengan rakan sebaya di group whatsapp. Jangan hanya kerana kawan-kawan, terabai isteri dan anak-anak. Suami pun ada limit untuk bertemu dengan mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen