Tiada Masa Untuk Bersenam? Lakukan 5 Aktiviti Ini Dengan Mudah.

 

Pada masa kini, demi mencari rezeki…ramai diantara kita mempunyai kekangan masa hanya untuk bersenam sahaja. Dengan tugasan dari pejabat yang seperti tiada penghujungnya, ramai yang menggunakan alasan ini untuk tidak melakukan senaman. Ini kerana mereka hanya beranggapan senaman tersebut adalah senaman yang berat seperti berlari, berjogging, bermain badminton, futsal dan sebagainya.

Jika mind set seperti ini tidak pernah berubah, tidak mustahil kita mempunyai pelbagai alasan untuk elak melakukan senaman. Jangan malas melakukan senaman kerana ia baik untuk kesihatan.

Antara aktiviti mudah untuk dilakukan, walaupun secara tidak sedar anda lakukannya setiap hari adalah…

1. Parking kereta jauh-jauh, belajar jalan kaki.

Bagi mereka yang bekerjaya dan menaiki kereta sendiri, parking kereta anda sedikit jauh daripada pejabat anda. Dapat berjalan sekurang-kurangnya 1km pergi balik, memadai. Daripada tiada gerakan langsung. Ini kerana apabila di pejabat, anda sentiasa duduk dan menghadap komputer sahaja tanpa pergerakan yang dapat mengeluarkan peluh.

Belajar untuk berjalan kaki. Bagi wanita kalau nak peha dan punggung kecil, ikut tips ini.

2. Naik tangga jangan guna lift.

Pergi ke mana-mana sahaja, cuba untuk gunakan tangga pula. Jangan manja sangat nak guna lift. Setakat turun/naik ke level 1 atau 2, guna sahaja tangga. Jika setiap hari anda menggunakan tangga untuk ke pejabat sebagai contoh, secara tidak langsung anda boleh melangkah/menaiki tangga dengan lebih jauh. Ini kerana stamina anda semakin lama, semakin tinggi.

3. Brisk walk atau jalan laju-laju.

Kebanyakan daripada kalangan kita, memang malas untuk berjalan kaki walaupun destinasi hanya dekat sahaja. Sering mengeluh penat dan letih yang akhirnya, walaupun hanya untuk pergi ke kedai runcit.

Image result for brisk walking gif
Kredit: Gfycat

BACA: Selain Berjogging, Berjalan Kaki Juga Baik Untuk Kesihatan. Ketahui 8 Manfaat Ini.

Tidak kira anda pergi kemana sahaja, walaupun melancong amalkan brisk walk. Jika rajin, brisk walk setiap hari minggu di taman rekreasi. Dapat berjalan kaki selama 30 minit pun sudah memadai. Lama-kelamaan, anda pasti mahu lakukan lebih daripada 30 minit. Jika dapat berjalan kaki dengan laju selama 1 jam, ia bersamaan dengan 5-7km, maka 200-500 kalori boleh hilang.

4. Mengemas rumah.

Siapa yang rajin mengemas rumah, akan tahu betapa penatnya jika seharian dilakukan. Kerja di rumah ini seperti tiada penghujungnya, hanya suri rumah yang mengetahui fakta tersebut. Mengemas rumah adalah senaman ringkas dimana semua individu pun boleh lakukan.

  • Vakum.
  • Basuh kamar mandi.
  • Mop lantai.
  • Membasuh baju secara manual dan melipat baju.
  • Membasuh pinggan.
  • Lap habuk pada kipas.

5. Skipping.

Kemudian, sekiranya anda malas untuk meluangkan masa di taman rekreasi, skipping di halaman rumah sahaja. Skipping juga dapat membantu meningkatkan stamina anda, dan badan tidak mudah menjadi lesu. Anda akan menjadi lebih fokus dan bertenaga setiap hari.

Image result for skipping gif
Kredit: Dribbble

Selamat Mencuba dan Selama Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,898 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen