Konsistenkah Amalan Yang Kita Lakukan, Dalam Menjemput Jodoh Yang Tidak Disangka? Jom Baca!

 

Setiap perkara yang kita lakukan, konsistensi amat digalakkan sekiranya mahu hasil yang terbaik. Termasuklah dalam menjemput jodoh. Terpulang kepada setiap individu mahukan jodoh yang bagaimana atau mengikut citarasa tersendiri, pasti ada usaha untuk memilih jodoh.

Namun, sejauh mana seseorang tersebut sentiasa mengamalkan perbaiki diri dalam menjemput jodoh?

Adakah amalan tersebut dilakukan dengan…

  • Konsisten?
  • Bersungguh-sungguh?
  • Dengan hati yang tetap?

Ini kerana tidak ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amalan tersebut. Sudah sedia maklum, dalam menjemput Jodoh yakni rezeki daripada Allah SWT, seseorang tersebut perlu melakukan beberapa perkara asas seperti…

  • Solat awal 5 waktu.
  • Solat dhuha.
  • Solat pada 2 pertiga malam.
  • Bersedekah.
  • Berdoa/Berzikir.
  • Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa.

Secara lumrahnya hati dan perasaan manusia ini mudah berbolak balik. Apabila doa yang dipinta tidak dimakbulkan, dirinya mudah berasa berputus asa, maka tiada lagi konsisten dalam usaha mencari jodoh. Padahal jodoh itu adalah amanah dari Allah untuk kita jaga setelah berkahwin, sejauh mana jodoh (suami/isteri) akan setia dengan kita, jagalah seeloknya untuk elak perceraian.

Bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh, boleh amalkan zikir dan doa ini…

1. Zikir Ya Fattah Ya Razzak.

Amalkan doa ini sekerap mungkin (tidak kira masa bukan hanya selepas solat sahaja) kerana ia bakal membuka laluan untuk menjemput rezeki disamping berusaha secara fizikal. Dan antara rezeki yang bakal datang adalah, jodoh yang tidak disangka. Namun, anda boleh berzikir pada setiap masa yang anda mahukan, yang penting konsisten.

Ya Fattah bermaksud pembuka, yakni boleh membuka rezeki, jodoh, jalan usaha, membuka fikiran tertutup dan membuka kemapunan. Dengan Izin Allah SWT, apa sahaja yang tertutup akan terbuka apabila zikir ini diulang-ulang.

Maka, bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh, apabila mengamalkan zikir ini, dengan izin Allah akan dipertemukan jodoh.

Kemudian Ya Razzak bermaksud pemberi rezeki dimana apabila mengamalkan zikir ini setiap hari akan dipermudahkan dalam menjemput apa jua rezeki seperti jodoh juga. Rezeki itu datang daripada-Nya, jadi lakukan satu kerja yang memudahkan insan lain, kemudian Allah alirkan rezeki itu pada kita dengan deras.

Itulah konsepnya.

2. Amalkan Membaca Al-Ma’thurat.

Sudah sedia maklum, Al-Ma’thurat dilakukan pada setiap pagi (selepas subuh), dan juga setiap petang (selepas asar). Tidak ramai dikalangan kita mengetahui manfaat membaca Al-Ma’thurat ini kerana ia terdapat pelbagai doa yang boleh menjadi pendinding untuk aktiviti harian kita.

Jadi, setelah selesai membaca surah-surah dan doa yang disediakan, ketika membaca doa selepas wirid Al-Mathurat, selitkan nama bakal jodoh anda..



Pada akhir doa ini, dalam hati berdoa berkenaan dengan jodoh seperti selitkan nama jodoh, kemudian selawat ke atas Nabi SAW. Dan diteruskan dengan doa Al'imran dan doa rabitah.

Oleh yang demikian, apabila sudah lama tidak bertemu jodoh, anda berasa berputus asa dan tinggalkan semua amalan zikir dan doa ini pula. JANGAN! Lakukan dengan ikhlas supaya anda dapat konsisten dalam mengamalkan pelbagai zikir dan doa demi Allah SWT.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,594 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen