Terlihat Ibu Bapa Bergaduh, Apa Yang Anak-Anak Harus Lakukan? Jom Baca!

 

Semasa anak masih kecil, apa yang mereka lakukan ketika terlihat kedua ibu bapanya bergaduh adalah hanya mendiamkan diri dan menjauhkan diri sahaja. Akan tetapi, apabila kian membesar dan mengetahui perkara sebenar, hati mereka berbolak balik dan tidak senang duduk.

Siapa sahaja dikalangan anak-anak yang berani untuk menegur kedua ibu bapanya sendiri?

Pasti akan diherdik, dan hanya menganggap anak-anak jangan masuk campur urusan orang tua. Serba salah dibuatnya. Sebagai anak juga adalah menjadi kewajipan untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dalam apa jua cara sekalipun.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya sahaja, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai ke usia tua, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi berkatalah dengan mereka menggunakan perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’: 23)

Menurut Islam berbuat baik kepada ibu bapa adalah;

  • Dilarang untuk berkata-kata dengan perkataan yang buruk.
  • Bercakap dengan lemah lembut.
  • Bercakap dengan penuh adab dan sopan santun.
  • Memuliakan dan menghormati mereka.

Di samping itu, anak-anak juga diperintahkan untuk tetap bergaul dengan cara yang baik terhadap kedua ibu bapa mereka walaupun mereka tidak beriman dan menyeru kepada kekufuran. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku atas sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.” (Surah Luqman: 15)

Maka, sebagai anak yang baik jika terlihat kedua ibu bapa sedang bergaduh sehingga menganggu kehidupannya sendiri, secara asasnya tegurlah mereka tanpa menderhakai mereka iaitu dengan berhemah dalam berkata-kata. Ini yang bertepatan dengan saranan dalam Al-Qur’an dan juga hadith.

Malah, Allah SWT telah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 104, bermaksud terlihat sesuatu yang buruk dihadapan mata, berdakwah dan serulah mereka untuk melakukan kebaikan, serta melarang segala yang salah dan keji, dimana dalam situasi ini pergaduhan ibu bapa yang akan memberi impak buruk pada anak-anak.

“Kamu tiada hak untuk nasihat. Kamu belum berkahwin lagi…”

Jika ini yang anak-anak dengar daripada mulut kedua ibu bapa sendiri pintalah bantuan daripada individu-individu yang dihormati dan disegani oleh kedua ibu bapa untuk menasihati mereka. Anak-anak pada kebiasaannya mengetahui individu-individu yang disegani oleh kedua ibu bapa mereka. Manfaatkan individu-individu ini untuk memberi nasihat dan menegur kedua ibu bapa.

Di samping itu jangan lupa untuk:

  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kedua ibu bapa diberikan kelembutan dan kesatuan hati di antara mereka.
  • Berterusan tanpa putus asa memberikan peringatan kepada kedua ibu bapa dengan cara yang lemah lembut dan tidak menyakiti hati mereka.

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik” (Surah an-Nahl: 125).

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,571 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen