"Teh “Herba” lagi Merosakkan Buah Pinggang!" - Dr. Rafidah Abdullah.

 

Selalu bukan kita dengar teh herba bagus untuk buah pinggang, bagus untuk kuruskan badan, bagus untuk kencing manis, bagus untuk kanser dan semua penyakit boleh diubati dengan hanya meminum teh herba sahaja. Hebat sangat teh herba ini bukan?

Ramai yang mudah terpedaya akan produk-produk sebegini. Mana tidaknya dijanjikan bulan dan bintang sememangnya membuat sesiapa sahaja terpukau, nak-nak lagi makcik yang di kampung itu.

Produk sebegini tidak tahu bagaimana cara dibuatnya, tidak tahu keberkesanannya malah tidak tahu tahap bahayanya.Tapi apa yang boleh lihat jika terus menerus menggunakan produk tanpa kelulusan dari Kementerian Kesihatan ini, sudah tentu bukanlah produk yang bagus.

Mari kita ikuti perkongsian Dr. Rafidah Abdullah berkenaan bahaya ‘teh herba’ pula.



Teh “herba” lagi merosakkan buah pinggang!



“Kenapa bacaan creatinine Makcik semakin teruk ni?”.

Doktor sibuk menyemak rekod dan senarai ubat: tak ada pun penyebabnya.

Makcik pun tunduk memandang ke bawah; dengan nada perlahan “sebenarnya Makcik ambil produk teh XXX”.

Menunglah Doktor; ya lah kan. Biasanya bacaan creatinine 130; dah sekarang naik dekat 200 mmol/L (normal ~ bawah 100).

Doktor sekarang tak larat dah nak terkejut.

Doktor sekarang hanya boleh senyum sahaja.

Ingin saya mengingatkan semua:

1. JANGAN sekali-kali percaya testimoni di media sosial. Mereka akan padam yang negatif dan akan block jika anda komen negatif.

2. JANGAN percaya jika overclaim teh XXX elok untuk buah pinggang. Konon ada kajian; kajian makmal pakai tiub tak boleh pakai. Kajian dengan beberapa orang pun tidak cukup. Jangan cakap gah menyalahkan Pakar tak buat kajian. Si founder lah patut datang berjumpa Pakar dengan protokol yang lengkap untuk kajian ke atas manusia.

3. Sesiapa yang ada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Barah, darah tinggi; jangan sekali-kali percaya apa-apa di media sosial. Tanya Doktor dahulu sebelum ambil apa pun. Tolonglah.

Nak minum teh, minum lah. Beli saja lah uncang teh yang biasa-biasa tu. Banyak di supermarket. Murah sahaja harganya.

Buat apa beli produk mahal; perhabisnya makin rosak buah pinggang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,063 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen